Thursday, March 25, 2010

sayAngkAh?


salam alaik... hehe.. semakin tenang, mungkin ini adalah ketenangan yang tidak berpanjangan.. semacam ombak tsunami yang mahu melanda pantai.. sebelum tsunami, pantai akan tenang.. air laut surut.. dan akhirnya satu ombak yang besar datang untuk meratakan segala benda yang berada di hadapannya..

emm.. hidup bukan boleh dijangka.. betul kan? jika hidup benar-benar boleh dijangka dengan sangat tepat.. tidaklah menjadi hidup kehidupan orang tersebut...

Ya Allah... demiMu Ya Khalik yang mengamanahkan diriku untuk menjadi khalifah di bumi ini.. aku sayang mereka.. sungguh!! aku amat sayang ahli keluargaku ini.. sesungguhnya tidak ada insan lain yang boleh mengganti tempat mereka kepada diriku yang amat sangat terlalu sayang kepada mereka..

Ya Allah.. cuma banyak perkara yang amat aku kesalkan.. sangat banyak.. aku inilah insan yang paling dekat dengan mereka.. tapi aku inilah juga yang seolah-olah paling terasing dan paling jauh dari mereka.. sungguh!! aku benci bila terpaksa membenarkan perasaan itu..

aku terfikir-fikir sendiri... aku tidak tahu jika aku terlalu mudah untuk berair mata, tapi memang aku tidak pasti untuk berkata..

''ya! mereka sangat sayang padaku''

cuma.. tahulah kamu semua bahawa.. aku ini.. sebagai seorang anak.. anak yang tiada lagi anak-anak yang lain selepas aku ini... sebagai seorang adik.. adik yang tiada lagi adik-adik yang lain selepas aku ini.. sangat jujur dan tidak ada sedikit pun perasaan malu untuk berkata dan mengakui...

''demi Allah.. aku sangat sayang kamu semua melebihi nyawaku sendiri..''

cuma.. aku sangat seksa dalam menyayangi kamu semua.. seksa yang aku cinta jika aku terus merasai seksa itu.. seksa yang memaksa aku untuk terus kuat untuk buat kamu semua menjadi lebih baik dariku, yang dapat membuat aku terus berusaha supaya aku dapat berbangga di depan khalayak bahawa kamulah darah dagingku.. kebanggaan atas dasar agamamu...

sungguh!! aku rasa bertuah kerana aku masih merasa sakit.. sangat sakit.. aku tidak mahu menjadi kalis dengan kesakitan yang sebegini.. aku cuma mahu pulih dari sakit ini dengan bantuan kamu semua.. kamu semua yang berubah ke arah yang sepatutnya.. bukan sekadar berkata-kata, bukan sekadar niat yang tersembunyi.. tapi amalan yang dapat dijadikan bukti..

Ya Allah.. aku hidup keranaMu dan aku mahu mati juga keranaMu.. sangat kerap aku mahu melarikan diri.. malah.. aku rasa aku seperti terlalu suci.. aku menyendiri yang semakin menambah perit di hati... tapi hakikatnya aku hina dari lumpur yang kotor dan membuatkan orang merasa jijik serta geli...

juga keranaMu Ya Allah.. aku sangat beruntung kerana aku bukanlah satu-satunya yang merasa sakit dengan keadaan kami ini... seorang kakak.. ya... masih ada seorang kakak yang memahami.. aku sangat berharap aku selamanya tidak bersendiri.. sangat seksa jika aku mengalami kesunyian dalam keramaian.. aku hilang kewujudan..

Ya Allah... ketika saat-saat beginilah aku terasa indahnya mati.. benarlah tanggungjawab yang Kau berikan sangatlah berat untuk dipikul dan sulit untuk direalisasi.. aku mahu mati, tapi mahu dalam jalan yang diredhai.. ketika waktu yang telah ditetapi.. mati yang sangat terpuji.. mati yang orang lain akan merindui...

terima kasih Ya Allah.. keadaan yang sebegini buat aku sangat berhati-hati.. aku mahu memimpin keluargaku nanti supaya mereka tidak akan pernah sakit seperti sakit yang aku alami ini.. aku tidak mahu mereka menggalas beban yang sepatutnya memang aku yang patut galasi.. aku mahu memimpin dengan cara nabi.. cari yang disukai.. cara yang diredhai..

Ya Allah.. hari demi hari.. aku cuba dalami diri.. tapi kenapa masih tidak berani? mulutku terkunci.. bibirku berat sekali... oh... aku menangis lagi walaupun tiada yang menyedari.. angan-anganku memang sangat tinggi.. membina baiti jannati.. tapi keluargaku kini? aku tidak mengerti.. bagaimana caranya lagi? bilakah masanya aku akan menjadi lelaki sejati? hubungan dengan Allah dan hubungan dengan insan yang aku sayangi.. dua-duanya aku tidak mahu ia pergi..

tolong...... tolonglah mengerti...



Monday, March 22, 2010

cuBa unTuk seiMbang..


salam alaik... oh... semakin hari, terasa hari-hariku semakin cepat berlalu.. macam angin-angin yang bertiup melalui tingkap-tingkap rumah yang membawa masuk debu-debu pasir ke dalam rumah.. ahaha.. sihatkah kalian semua? ya... saya memang tak berapa sihat dari segi mental.. agak pening-pening seperti kelkatu yang dekat dengan obor yang menyala...

haish.. hehe.. macam tak ade kaitan je.. emm... relakan je la.. tak ade masalah rasenye.. biasa la kan? mengarut macam ni bukan jadi satu masalah sosial pun.. tak la mengorbankan nyawa orang.. bukan merempit.. di mana ianya menghasilkan pencemaran bunyi, pencemaran asap, pencemaran pandangan, pencemaran akhlak, pencemaran ketenangan dan macam-macam jenis pencemaran la... haa.. maknanya, jika bosan, mengarut la sepuas hati anda.. cuma jangan melebih-lebih la... nanti dicop gila.. payah jugak tu... hihi..

hehe.. ok lah... dah rasional sikit rasenye ni... nak bercerita.. boleh je kan? tak boleh pun bukan penulis ni kisah.. nak cerita jugak.. wakaka...

beginilah tersebut kisahnya...


***


pada zaman dahulu... ada seorang penebang pokok yang masih kuat bekerja.. nama pun penebang pokok, mesti lah kerjanya adalah menebang pokok kan? tak logik la jika seorang penggali kubur dipanggil penebang pokok, memang la takkan tergali kubur tu sampai mahsuri ade anak 8 orang pun...

haa.. setiap hari, penebang pokok ni pergi kerja.. kerja menebang pokok ni orang sekarang panggil pembalak... tapi penebang pokok ni tak tebang kayu balak.. dia cuma tebang pokok-pokok je.. sebab tu la dipanggil penebang pokok.. bukan pembalak..

biasa la.. penebang pokok ni menggunakan kapaknya untuk menumbangkan pokok-pokok.. setiap hari, beliau dapat menumbangkan 7 batang pokok sahaja.. jadi, upah yang beliau dapat dari bos beliau sikit je la.. sebatang pokok tu dapat la lebih kurang 2 ringgit.. 7 batang dah 14 ringgit.. tapi, tak cukup la nak sara diri dan keluarga.. logiknye macam tu la kan?

dengan semangat untuk lebih maju dalam hidup, lelaki ini pun pergi la ke bandar untuk mencari kapak yang lebih berteknologi dan berjenama.. supaya beliau dapat menebang pokok dengan lebih banyak lagi.. beliau pun mula mencari-cari sehinggalah beliau terjumpa seorang pengasah senjata yang kelihatan begitu misteri..

''jika saya yang mengasah senjata encik, sekali hayun je, mesti semua bende pun boleh putus..''

pengasah senjata itu berbicara dengan perlahan kepada penebang pokok tersebut..

''kau ni betul tak brader? besi pun boleh putus ke?''

penebang pokok tu cuba untuk mencabar pengasah senjata tersebut..

''encik ni pikir logik la sikit.. kalu gune keris taming sari pun memang besi tak boleh putus dengan sekali hayun.. maksud saya, bende-bende yang lembut sikit la.. macam pokok ke, pinggan mangkuk ke..''

penebang pokok itu kelihatan tertarik..

''pokok? besar mane-mane pun boleh putus?''

penebang pokok itu kelihatan sangat teruja..

''yup!!''

setelah mendengar penjelasan dari pengasah senjata tersebut... penebang kayu bergegas pulang ke rumah untuk mengambil kapaknya supaya dapat diasah menjadi senjata yang tajam oleh pengasah senjata tersebut...

''nah.. boleh ke kau asah ni? kalu tak tajam, aku saman kau..''

''biiznillah.. encik pergi la lepak dekat kedai kopi dulu, lebih kurang sejam nanti encik datang balik ambik kapak encik ni..''

penebang pokok itu pun berlalu dan selepas satu jam, beliau kembali untuk menuntut kembali kapaknya dari pengasah senjata tersebut...

''saya cuma boleh mengasah satu kali saja encik.. ini la kali pertama dan terakhir saya mengasah kapak encik''

''eh.. kenape?''

''memang itu syarat saya..''

''oh... ok... berapa kena bayar ni?''

''seringgit je..''


dengan kapak yang tajam.. penebang pokok balik ke rumahnya dan tak sabar-sabar menunggu hari esok untuk melihat sejauh mana kebenaran yang dikatakan pengasah snjata tersebut..

keesokannya.. penebang pokok itu benar-benar tidak percaya apa yang dilihat matanya.. memang pokok-pokok dapat ditebang dengan satu hayunan yang bertenaga.. pokok sebesar mana pun dapat ditumbangkan..

dengan kapak tajam itu, beliau mendapat upah yang lumayan.. hampir seratus batang pokok dapat ditumbangkan si penebang dalam masa sehari..

''uhha.. kalau hari-hari dapat tebang macam ni, memang jadi mewah betul hidup aku..''

setelah mendapat hasil yang lumayan kerana jasa kapak yang tajam itu.. penebang pokok itu gigih bekerja hari demi hari untuk terus menjadikan hidupnya lebih selesa dan mudah..

akan tetapi... setelah seminggu... jumlah bilangan pokok yang dapat ditebangnya semakin hari semakin sedikit... setelah menyedari keadaan ini... penebang pokok itu cuba untuk berusaha semakin kuat dan menambah waktu kerja supaya pendapatan akan bertambah menjadi seperti biasa...

''aik... hari ni dapat tebang 35 batang je.. aku kerja dah 2 kali ganda dari biasa..''

semakin hari.... bilangan pokok yang dapat ditebang tetap menjadi semakin sedikit... usaha yang ditunjukkan oleh penebang pokok memang amat tinggi dan semakin tinggi.. tapi usaha itu seolah-olah langsung tidak memadai...

akhirnya.. dengan perasaan sedih... penebang pokok tu cube mencari kembali pengasah senjata yang mengasah kapaknya untuk meminta penjelasan...

senang cerita.. penebang pokok tu pun jumpe la dengan pengasah senjata tu... penebang pokok tu pun terus je la menyerbu encik pengasah senjata tu... uhha.. disebabkan terkejut, pengasah senjata tu pun terterajang penebang pokok tu.. terguling-guling la encik penebang pokok..

''haish.. knape ni encik? nasib baik saya tak pegang pedang... kalu tak, terkerat 8 la badan encik... haa..''

''tak kisah lah..''

''encik nak ape? takkan nak bunuh diri kot..''

''wei, bunuh diri tu masuk neraka selama-lamanya la... sia-sia je hidup selama ni...''

''hahaha.. abis tu? encik nak kawen lain ke?''

''ceh... yang tu pun mungkin aku akan mati, tapi mati terbunuh la.. hehe..''

''hahaha.. tau takper...''

''emmm... tolong asah kapak aku sekali lagi.. biar jadi tajam..''

''saya dah cakap, saya cuma asah sekali je encik...''

''asah je la... aku bayar lebih kali ni...''

''saya cakap tak maw, saya tak maw la... encik nak gado ke?''

''tolong la.. aku dah penat usaha, tapi kapak ni makin tumpul.. hasil dah jadi makin sikit..''

''dah tu encik asah la sendiri...''

''eh.. boleh jadi tajam ke?''

''laaa.. encik ingat saya asah kapak encik dulu pakai sihir ke?''

''uhha.. aku ingat kalu aku asah sendiri tak menjadi, aku usaha je la.. tapi asah kapak ni memang tak pernah..''

''haaa... cube la asah... walaupun tak jadi setajam yang saya asah, tapi tak la jadi tumpul..''

''kau tak cakap..''

''encik yang tak tanya..''


***

emm... entah ade ke tidak moral of the story pun saya tak pasti.. hehehe.. tapi macam tu la.. dengan kekuatan yang Allah berikan kepada kita, tentulah Allah suruh kita sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.. tapi, untuk jadi yang terbaik juga, perlukan akal yang Allah berikan untuk membuat perancangan yang terbaik..

''work hard and work smart''

kadang-kadang memang work smart sudah boleh mencapai matlamat... tapi work hard amat perlu untuk mencabar kemampuan diri.. jangan melampau-lampau dah la.. haha.. botak kepala pun tak nak jugak.. tak hensem la.. =)

''sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri''
(Ar-Ra'd 13:11)



Monday, March 15, 2010

yaNg 'soMboNg' iTu seLamAt?


salam alaik... huhu.. biasalah.. lumrah hidup sebagai manusia biasa... ada pasang surutnya, ada turun naiknya, ada suka dukanya... sebab itulah hidup memang perlukan cara... dan islam adalah cara hidup yang terbaik..

tetaplah dan terus berpegang teguh... berjalan di atas landasan yang diredhai bukan jalan yang dihampar permaidani merah.. jika jalan sebegitu yang benar-benar disediakan, maka ramailah orang yang turut serta untuk memandu manusia ke arah yang betul... berbanggalah dengan islam kamu.. berbangga kerana kamu islam dan kamu mengikut aturan islam..

saya bangga dengan ISLAM saya!!

ahaha... macam sedih je penulisan untuk kali ini.. baru tersedar.. rupenye memang perasaan dapat mempengaruhi hampir sepenuhnye hasil penulisan.. hihi.. nak buat-buat gembira sebenarnya, tapi tak dapat nak menipu diri sendiri...

emmm... sombong itu apa sebenarnya? memang la sombong ni sebenarnya ada banyak... tapi disebabkan banyak itulah yang membuatkan orang zaman sekarang ni tak dapat nak beza antara sombong dengan menjaga diri..

'' sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia ''
(riwayat Muslim)

dalam dunia ni memang bagus jika dapat bermasyarakat dan beramah mesra dengan sesiapa sahaja.. tapi begitulah.. nak beramah mesra pun ada caranya, ada orang-orang yang tertentu juga..

betul... memang kita nak jaga hati semua orang, tapi jangan sampai meremehkan apa yang Allah suruh.. jadi terbalik terus... ahaha... pergi solat sunat hari raya tak pernah miss, tapi solat yang fardhu tak buat.. tak ke kurang waras kalau macam tu? hahak..

'' dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka tundukkan pandangan mereka, memelihara kehormatan mereka, dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka).... ''
(surah An-Nur 24:31)

haaa... tak ade masalah pasal ni kan? perhiasan tubuh yang nyata tu maksudnye bukan aurat la.. muka dan tapak tangan.. aik.. habis tu? ape kaitan antara ayat ni dengan sombong? ahaha.. adakah penulis dah tiada idea dan mula hendak berkaraoke? hehe.. nak turut serta? mesti lah tak boleh...

oh.. ok, sabar la.. nak kaitkan la ni... hehe.. sebenarnya memang saya tak faham sangat tentang pemikiran manusia-manusia sekarang.. macam.. entah lah.. nak cakap semakin kurang cerdik pun mungkin betul.. perempuan-perempuan yang sudah berumur lebih dari 20 tahun akan disisihkan oleh teman-teman mereka jika masih dara kerana mereka dianggap kolot.. uhha.. memang setakat ini, kebodohan yang inilah paling tidak dapat diterima oleh akal saya.. entah silap dekat mane pun tak tahu la... wayar mane la yang putus agaknye... huhu..

emm... islam itu adalah cara hidup.. jangan buat-buat lupa... perempuan dan lelaki.. batas-batas memang la kena ada.. kalau bebas, habis la dunia... macam jalan raya yang tiada lampu isyarat.. batas yang disediakan adalah untuk memelihara, bukan untuk mengongkong..

huhu.. tolong la fahamkan diri sendiri.. dalam quran suruh tundukkan pandangan.. tapi setakat kita yang biasa-biasa ni, memang kena tundukkan kepala untuk menundukkan pandangan.. dan jangan ingat perempuan je yang kena jaga.. lelaki pun same la.. nabi musa pun takut nak berjalan belakang orang perempuan tau.. aura kuat sangat.. haha..

bila aura kuat, jangan la disalahgunakan aura tu.. kebanyakan perempuan memang suka betul nak menyerlahkan aura masing-masing... arora betul la.. huhu..

dah boleh paham kan? senang je.. kes pandangan-pandangan je.. cuma masalahnye.. ramai yang nak membolehkan apa yang sepatutnye tak boleh.. iye lah.. kalu perempuan ade 5 orang, lelaki ade 4 orang.. mungkin la tak ade ape-ape kalu nak bersembang jika kena tempat dan topiknya.. menyuarat ke, kerja kumpulan ke.. ape-ape lah..

tapi jika kita seorang lelaki dan masa tu kita seorang diri.. jika benar-benar perlu barulah boleh berurusan dengan perempuan.. jangan la bimbang jika ada seorang perempuan yang kita kenal atau tak kenal memanggil kita tapi kita tak meluru ke arahnya.. kita bukan sombong.. tapi kita patut takut akan keadaan yang macam tu.. cukup sekadar senyum dan terus pergi.. jika perempuan itu ada perkara penting.. dia akan mendapatkan kita, dan kadang-kadang walaupun tak penting tetap sahaja perempuan itu mendapatkan kita.. kemudian, atas kreatif sendirilah untuk melarikan diri demi menjaga kehendak ilahi...

menjaga batas itu sangat penting.. tapi seolah-olah dah menjadi kebiasaan.. semua orang suka berpasangan.. dapat meluahkan perasaan.. dapat menyayangi dan disayangi.. lelaki dan perempuan berkawan dah macam tahap lebih dari hubungan adik dengan abang..

payah.. susah.. sebab perkara berpasang-pasangan dah jadi kebiasaan yang membiasakan.. keluarga dapat terima, kawan-kawan menggalakkan.. ilmu diabaikan.. akhirnya jadi tidak terperasan akan dosa yang terbeban.. dan terasa betapa sombongnya insan lain yang menolak fitrah perasaan.. kononnya.. haha.. mengarut betul la orang yang jenis-jenis ingin mencuba ni.. mencuba dan kemudian binasa.. kan sakit.. bukan semua perkara boleh dicuba.. jangan sekali-kali mencuba berbuat dosa...

Ya Allah... jagalah hati-hati kami, dan jagalah agama yang ada pada kami..

hah! katakan pada dunia.. memang! memang kami tidak kisah jika kami ini sombong.. tapi cuma sombong di mata-mata yang celik ketika pejam.. sombong yang menjauhkan diri kami dari buruknya dosa.. kami rela bergelar sombong jika sombong itulah yang membuatkan kami istimewa.. cukup mulia di sisi pencipta... =)

siapa yang benar-benar sombong sebenarnya? huhu.....

Thursday, March 11, 2010

kaMi tiDak perNah taHu..


salam alaik... hahaha.. indahnya satu pertemuan... semakin lama tidak berjumpa, semakin indah dirasakan ketika bertemu kali kedua.. oh... hehehe.. susah nak dapat mood untuk menulis tau.. jadi, bila ada mood, tangkap mood tu.. simpan dalam botol kaca nescafe..

emm... sungguh tidak berdaya rasanya bila kamera tidak berada di tangan.. segala memori hanya terpahat utuh di hati.. tidak dapat untuk diabadikan dalam satu bentuk fizikal untuk dikenang kembali... uhhh... mengarut lagi.. hahaha.. entahlah.. semuanya rasa serba tak kena hari ini.. mungkin kerana terlalu keliru.. tapi keliru sebab apa? mungkin hanya Allah yang tahu...

sungguh.. memang sesungguhnya kita tidak tahu... apa yang telah Allah rancangkan untuk kita.. cuma kadang-kadang kita tertanya-tanya.. adakah perancangan yang Allah bagi itu adalah sebaik-baik perancangan untuk kita? betul la kan? siapa yang mahu kalah dalam mana-mana pertandingan? siapa yang mahu gagal dalam mana-mana peperiksaan?

''Allah tidak semestinya memberi apa yang kamu mahu, tapi Allah memang memberi apa yang kamu perlu''

hehehe... cuma apa-apa yang berlaku.. Allah sangat suka pada orang-orang yang sabar dan orang-orang yang berusaha.. untuk menang kena la banyak berusaha, untuk berjaya pun mesti la kena berusaha..

jarang tapi memang berlaku, orang yang kuat berusaha tapi tidak berjaya.. ataupun orang yang sudah mencuba sehabis daya tapi tetap kalah.. hubungan dengan Allah tidak pula mereka abaikan, tapi Allah menetapkan begitu bagi segelintir kecil yang memang Allah ada perancangan yang lebih baik buat mereka...

sedih.. kecewa.. berputus harap.. walaupun tidak diluahkan, memang hati akan terdetik begitu.. terasa seperti terasing.. terasa diabaikan.. huhuhu..

payah sebenarnya.. payah untuk menempuhi jalan yang sebegitu.. tapi, memang la tetap kena tempuhi.. jangan sesekali berhenti ditengah jalan atau memilih jalan yang lain... sesekali bersedih.. berpalinglah mengadap belakang.. memandang jalan yang telah lama diturap dengan baik.. diturap dengan penuh sabar dan usaha..

ahaha... cakap macam senang je kan? tak alami sendiri memang la tak tahu... tapi realitinya orang yang sebegitu adalah orang-orang yang sangat hebat... Allah tahu mereka mampu melaluinya... Allah mahu mereka tundukkan kepala setelah mereka rasa mereka mampu menggenggam bulan...

semua pun dah tahu rasanya.. yang kita cari sebenarnya bahagia.. ehehe.. sebab tu la ade tertubuhnya hospital bahagia.. orang dekat dalam hospital tu semuanya mencari kebahagiaan.. tapi lebih baik jika kita berjaya dan bahagia.. sangat beruntung manusia yang seperti itu.. cumanya jika berjaya sahaja dan tidak bahagia, hidup akan menjadi serba tak kena..

ahha.. macam ni.. jika kita bahagia sahaja.. 70% telah lengkap dalam hidup.. bahagia dan berjaya akan melengkapkan 100% tentunya... tapi, jika berjaya tapi tidak bahagia.. mungkin hidupnya cuma lengkap 10% atau kurang.. aik.. macam aneh je matematik ni... ahaha.. tapi memang lebih kurang macam ni la...

sebab apa? emm.. bahagia dapat dicapai bila hubungan dengan pencipta terjaga dan melakukan sesuatu bukan kerana terpaksa.. dan bila bahagia dan berjaya.. tentulah berjaya itu dengan usaha, sabar dan cara mendapatkan kejayaan itu adalah cara yang diredhai Allah..

lain pula dengan manusia yang hanya berjaya dalam hidupnya tapi tidak bahagia.. uhha.. boleh bayang sendiri la kan manusia jenis yang macam ni? ramai orang yang macam ni zaman sekarang..

ingat... jangan pernah lupa tau... jika kita mencari bahagia.. jangan terburu-buru mencari kejayaan.. sungguh! Allah sentiasa bersama kita.. memang la Allah pun sentiasa bersama orang yang tak bahagia.. tapi orang yang mengecapi bahagia dalam hidup akan lebih terasa Allah ada bersamanya.. dalam setiap keadaan..

hahaha... dalam pertandingan la contohnya... kita berlatih setiap hari.. tapi jaga aurat, jaga waktu solat.. dalam setiap masa, kita berlatih dalam keadaan kita bersungguh-sungguh tapi tidak mengabaikan apa-apa.. dengan kuasa dan kudrat yang kita ada.. usaha kita seolah-olah memang dah terlampau bagus untuk menjadi juara.. tapi keputusannya tidak dapat dijangka.. kita tidak merangkul gelaran johan itu...

emmm... jadi, adakah johan itu perkara paling penting? hehe.. insyaAllah.. walaupun kalah, tapi tetap bahagia dengan kekalahan itu... sebab kita dah mengalami dengan baik perjalanan yang panjang sebelum pertandingan itu bermula lagi... kita bahagia dengan jalan yang kita telah turap.. cuma Allah mungkin merancang yang lain, yang tidak dapat dijangka oleh semua orang...

''..... boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.''
(Al-Baqarah 2:216)

ahaha... Allah pun dah berfirman macam tu... betul... jadi.. jangan pernah bersangka buruk pada Allah.. sangka baik-baik je, pada Allah dan semua orang... hehe.. moga kita semua akan menjadi orang yang bahagia dan berjaya.. biiznillah... =)


p/s: wuahhh... segala tekanan dah terlepas.. keputusan spm dah diumumkan.. hidup aku mengalir kembali mengikut edaran yang sepatutnya.. hehehe.. aku mahu meluru ke masa depan.. Allah.. bawaku terbang.. =)


Thursday, March 4, 2010

haTi iNi...


aku lemah...
kadang-kadang ku rebah...
ku paksa diri ini supaya gagah...
agar tidak terlorong ke jalan salah...
agar tidak mudah tertewas...
dalam mencari cinta yang terindah...
bukan cinta yang murah...
bukan juga cinta yang mudah...
tapi cinta untuk menuju jannah..

aku melangkah...
hati tetap sahaja pasrah...
walau perit terpaksa diredah...
sakit dan luka itu lumrah...
memang yang indah itu payah...
kerana susahlah ramai yang terbabas...
sudah lupa tarbiah...
sudah tidak istiqomah...
jalan dipandu nafsu serakah...

aku bertuah...
punyai kesedaran terhadap fitrah...
punyai kekuatan untuk berubah...
punyai kesabaran ketika datangnya fitnah...
punyai keazaman untuk terus melangkah...
walaupun jiwa masih mudah patah...
itu bukan alasan yang munasabah...
kerana aku masih mampu untuk mengubah...
dengan cara yang paling berhikmah...

Ya Allah...
aku mohon dikekalkan hidayah...
aku pinta kekuatan supaya tabah...
jangan buatku sekali-kali goyah...
walaupun dihempas ombak mengganas...
harapanku itu tetap mekar walau tidak pernah terluah...

saYa taHu saYa saLah....


salam alaik... huhuhu... keadaan agak kelam-kabut... macam-macam hal yang berlaku.. tapi tak mengapalah.. lumrah hidup sebagai manusia.. bila terjadi sesuatu yang diluar jangkaan, hati ini kuat terdetik.. memang benar ketahanan itu penting.. tapi kebiasaan itu satu kelebihan...

hahaha... merepek ape sebenarnye ni? entahlah.. sesi meluah perasaan.. hehehe... sila baca sambil menutup mata bagi sesi ini.. =) bukan apa pun.. cuma.. saya rasa sangat cemburu pada orang-orang yang seolah-olah kalis dan macam tidak berperasaan apabila masalah menimpa mereka.. bukanlah maknanya mereka memang tidak rasa apa-apa langsung.. tapi mereka-mereka ini tidak mudah melatah dengan masalah dan masalah yang mereka hadapi itu seolah-olah bukan masalah.. tidak merumitkan yang remeh dan rasional dalam pemikiran yang rumit..

ohho.. macam berbelit-belit je.. tak kisahlah.. jom poco-poco.. badan sihat, sendi bergerak.. tapi poco-poco sesama mahram je tau.. kuatkan lagi simpulan kerjasama, kesefahaman dan keserentakan antara mahram-mahram kita semua.. hahak..

emmm.... sesi luahan perasaan tamat.. jom serius!!


siapa yang berada di bawah? siapa yang berada di atas?

oh... yang di atas, mestilah orang yang mempunyai pangkat dan kuasa yang besar.. sebab tu la duduk di atas.. yang di bawah tentulah orang yang tidak la berpangkat sangat dan kuasa yang dimiliki pun tak seberapa..

tapi tolonglah jangan salah faham.. pangkat dan kuasa sahaja yang berlainan, tarafnya sebagai seorang manusia tetap sama.. sebagai seorang Hamba.. cuma itu sahaja..

biasalah.. yang membezakan manusia dengan manusia yang lain cuma takwa kepada Allah.. memang semua orang dah tahu kot..

hehehe... memang la betul.. bila takwa kepada Allah lebih hebat, maknanya kedudukan manusia tersebut di sisi Allah lebih tinggi... masalahnya.. siapa yang menentukan nilai takwa kita semua sebagai manusia ni tinggi ke rendah? hebat ke hampeh? amboih.. mata kita yang normal ni bila dalam keadaan gelap je.. terus jadi tak berfungsi.. dengan diri kita yang penuh kelemahan ni kita nak ukur ketakwaan seseorang kepada Allah dengan tepat? tolong la jangan mencuba.. nampak sangat yang anda itu tidak bijak.. hahaha..

sungguh.. saya sedih.. sedih pada orang yang terlalu mendewa-dewakan diri... meletakkan diri sendiri pada taraf yang lebih tinggi.. merendahkan taraf orang lain dengan hanya jelingan ekor mata..

mengapa orang suka bertelagah? kenapa tidak bermaaf-maafan sahaja? kerana bukan hari raya? hari raya adalah satu-satunya hari yang khusus untuk bermaaf-maafan? uhhh.. secara jujurnya saya akan mengatakan bahawa orang yang menganggap hari raya adalah hari khusus untuk bermaaf-maafan adalah orang yang bodoh..

minta maaf sahajalah.. jangan menunggu orang lain meminta maaf dari anda.. oh.. mungkin kerana jika kita yang meminta maaf terlebih dahulu, kita akan dilabel lemah dan pengecut.. benarkah begitu? Ya Allah... tolonglah.. buang semua perkara yang negatif dari minda kami ini..

satu hari, seorang arab badwi menarik kain di leher Rasul Allah dengan kasar, sehingga merah leher baginda, lalu arab itu berkata..

''hei Muhammad! bayar hutang aku dengan segera''

ketika itu Umar Al-Khattab berada di sisi baginda lantas terkejut seraya memarahi arab itu, malah menghunus pedang untuk memenggal leher arab itu kerana berkasar dengan Rasul Allah.

tetapi Rasul Allah menahan tindakan Umar lalu berkata..

''wahai Umar, aku memang ada berhutang dengannya, tetapi masa mengambil hutang belum sampai. justeru, kau sepatutnya menyuruh dia meminta hutang dengaan cara yang baik, dan menyuruh aku melunaskan hutang juga dengan baik''

kemudian Rasul Allah menyuruh Umar pergi mengambil wang untuk membayar kepada arab itu, malah baginda juga menyuruh Umar menambah wang bayaran hutang.

arab itu pelik lalu bertanya..

''untuk apa wang tambahan itu?''

Rasul Allah berkata..

''itu adalah untuk tindakan Umar yang berkasar denganmu tadi..''


emm... langsung tidak nampak tanda-tanda yang menunjukkan nabi kita pengecut, atau tanda-tanda bahawa nabi kita itu lemah... itulah kekuatan sebenarnya..

meminta maaf bukan kelemahan, tapi adalah kekuatan.. kekuatan untuk mengakui kelemahan yang ada pada kita sebagai seorang manusia..

jika dilihat dari ekspresi muka sahaja mungkin sudah boleh mengagak... boleh membezakan antara orang yang suka meminta maaf dan orang suka menunggu maafnya dipinta..

ahaha.. banyak lagi yang boleh diperkatakan.. tapi cukuplah setakat ini.. berfikir itu penting.. memang berfikir itu pelita hati.. =)

Monday, February 22, 2010

baDan siHat jiWa seLamat.. =)


salam alaik... oh... betapa indahnya hidup bila badan kita sihat.. hehehe.. bila badan sihat, minda jadi cerdas.. darah mengalir dengan baik.. anggota badan berfungsi dengan elok.. hidup menjadi lebih ceria.. dapat menempuh macam-macam dugaan sebagai seorang manusia biasa dan yang paling pentingnya dapat menjaga amanah Allah dengan baik..

emm... bukan lah maknanya jika badan tidak sihat kita tidak dapat menjaga amanah Allah dengan baik.. tapi dengan kekurangan dari segi kesihatan akan membuatkan aktiviti-aktiviti kita lebih terbatas..

tubuh badan kita ni kan cuma Allah bagi pinjam je sekejap.. huhuhu.. mesti tak seronok jika kita pinjam barang kepunyaan orang lain, kemudian kita menghantar balik barang tersebut kepada tuannya dalam keadaan yang tidak seperti kita mula-mula meminjamnya..

uhha.. jadi, macam mana nak pulangkan tubuh badan kita ni kepada Allah sepertimana keadaan kita mula-mula meminjamnya? dulu.. asalnya kita kecik je.. dari tak ade gigi, sekarang dah banyak gigi.. dari pandai senyum-senyum dah jadi pandai bercakap-cakap panjang lebar bersisi-sisi..

hehehe.. bagi ciptaan Allah yang cukup sifat dan lahirnya dalam keadaan sihat sejahtera.. adalah satu tanggungjawab untuk berusaha supaya mengekalkan kesihatan dan semua anugerah yang Allah bagi... macam kita pinjam benih tanaman yang bermutu dari seseorang, kemudian kita menanam la benih tersebut kan? hahaha.. kita jaga tanaman tu dengan baik sebab menjaga amanah.. kita pinjam je benih tu, bukan hak kita.. tapi bila dah tanam, takkan la tanaman tu tak membesar? mesti la benih tu jadi pucuk, kemudian ade batang dan ade daun dan jadi la satu tanaman yang baik...

bila sudah tiba satu tahap yang dikehendaki.. kita pun bagi la tanaman yang kita jaga dengan baik tu kepada tuan benih yang kita pinjam tersebut... bila tanaman tersebut memang elok, mesti tuan benih tu beri upah sikit dekat kita.. hehehe...

dan sebenarnya.. bukan kita nak fokuskan pada tanaman itu.. tapi, penjaga tanaman.. bila tanaman itu baik.. dapat menandakan penjaganya seorang yang sabar.. bila tanaman itu cantik daunnya dari digigit serangga.. maknanya penjaganya seorang yang berwaspada.. bila tanaman itu segar.. penjaganya mesti seorang yang istiqomah menyiramnya pada setiap waktu yang diperlukan..

haa... cuba bayangkan yang tanaman itu adalah tubuh badan dan penjaga tanaman itu adalah roh kita.. dapat bayang tak? tingkatkan imaginasi anda... hehehe...

sebolehnya kita menjaga tubuh badan kita dengan baik supaya amanah yang kita pikul menjadi lebih mudah.. macam ni.. jika tanaman yang kita jaga tu daunnya digigit serangga.. nampak tak cantik la.. disebabkan itu, kita sebagai penjaga melakukan trimming pada daun yang rosak itu.. membuang daun yang rosak dari induknya.. dari segi dalaman tanaman induk itu.. kekurangan daun akan membuatkan proses fotosintesis menjadi kurang efektif dan transpirasi pun mungkin boleh berlaku kot.. sebab kekurangan pada tanaman itu, penjaga perlu menjaga tanaman itu dengan lebih perhatian.. tenaga yang lebih digunakan..

senangnya kita jaga tubuh badan kita ni sebaik mungkin... senang nak cari pendapatan.. selesa nak beribadah... tambah keyakinan diri.. dapat memberi contoh kepada orang lain.. dan menjadi kebanggaan pada agama..

ohho.. ingat tak perlu jaga tubuh badan ke? kita kan nak ikut nabi.. tubuh badan nabi hebat tau.. tak tinggi, tak pendek, tak kurus, tak gemuk, nampak hebat.. susuk tubuh yang menjadi idaman qolbu.. hehehe..

logiknya memang la kita tak dapat tubuh badan macam nabi, tapi kita harapkan kesihatan.. dan untuk sihat kena la bersenam.. bila bersenam sekurang-kurangnya dapat la membentuk tubuh yang dapat berjuang.. tubuh badan yang dapat menggugat keangkuhan musuh-musuh islam..

''ajarilah anak-anak kalian berkuda, memanah dan berenang''
(sahih bukhari dan muslim)

ahaa.. berkuda, memanah dan berenang.. nabi suruh bersenam la tu.. menyihatkan badan.. bila badan sihat, jadi kuat harimau la... seronok bila sihat kan? =)

cuma yang payah sikitnya bila kita nak istiqomah dengan senaman yang kita buat.. hari pertama kita bersenam memang la letih.. rasa nak demam, pening kepala.. macam nampak kerajaan langit dan macam-macam la.. tapi jangan sebab hari pertama yang meletihkan itu membantutkan semangat untuk terus bersenam demi untuk menjaga kesihatan.. kesihatan itu mahal.. nak jaga pun kena la berkorban lebih sikit... kalau kesihatan tu ade jual dekat kfc ke, mcD je, chowkit ke.. memang tak payah bersenam pun.. beli je tiga lori buat stok bila sakit datang di masa hadapan..

mentaliti orang zaman sekarang.. bila dah sakit baru nak cari ubat.. memang la macam tu kan? takkan la bila tak sakit pun nak makan ubat.. uhha.. memang nak cari penyakit la tu... tapi sebolehnya elakkan dari mendapat penyakit...

''mencegah itu lebih baik dari mengubati''

macam orang yang kuat macam superman.. baik la dia elak peluru pistol jika dia mampu.. walaupun tak lut peluru pistol pada badan superman tapi kalau silap haribulan musuh guna peluru kriptonit... saje je si superman dapat sakit.. asalnya dapat mengelak, tapi malas mengelak sebab menjangka tidak memberi kesan..

macam orang la.. pergi dekat hospital.. sepatutnya kena pakai topeng.. bukan topeng masked rider.. tapi topeng untuk mencegah virus-virus h1n1.. tapi, sebab sekarang ni dah ade penawar untuk h1n1 itu kononnya... semua orang pun sanggup terkena virus secara sengaja atau tak sengaja kerana yakin akan keselamatan diri sendiri... uhhu.. adakah diri anda mempunyai karamah setaraf wali Allah? ikhtiar la dulu untuk mengelak dari terkena musibah.. hatta selsema sekalipun..

penawar tidak menjamin kesembuhan wahai insan-insan yang memerlukan tuhan.. tapi penawar itu sebagai peluang kepada insan yang Allah datangkan kepadanya ujian...



p/s: hehehe.. mari kita sama-sama berjogging... tingkatkan stamina anda... oh... seronoknya berjogging... =)


Sunday, February 21, 2010

saYa maLu...


salam alaik.. bagus.. sangat seronok rasenye.. dah lame sangat jari-jemari ni tak menari.. blog ni pun macam dah bersawang je... zalim sungguh diriku ini.. huhuhu...

wahai kaum adam sekalian!! hehehe... adakah makan pree itu best? haish.. bukan.. bukan.. kalau pasal makan, memang bagi sape-sape pun rase best... makanan pree lagi-lagi la bersangatan kesedapannye... hihihi...

okeh.. sebelum mula melalut yang lebih parah lagi... jom kita karaoke.. hehehe... suare tak sedap pun tak kisah... asalkan ade suare.. memang la kene ade suare kan? nak karaoke macam mane kalu tak ade suare... tapi.. karaoke sorang-sorang dah la.. layan sorang-sorang je... kalau dah jadi macam orang tak betul pun, orang lain tak nampak.. Allah je nampak... hahaha...

uik.. haish.. huhuhu... tolong la jangan mengumpat yang tak baik dekat penulis ni tau.. nak luahkan rase di hati je... melepaskan beban-beban di hati melalui jari-jemari milik ilahi...

sebenarnye...

emm... kadang-kadang saya keliru.. ade lagi tak muslim zaman sekarang ni yang tak tau aurat dirinya yang perlu dijaga tu setakat mana? ade lagi ke muslim sekarang yang tak tau langsung aurat tu ape? mane la tau kan.. sebut tu pernah.. tapi tak tau ape-ape pun...

rasenye dah tak ade kot... budak sekolah rendah pun dah ade belajar pendidikan islam dan sebagainye.. sekurang-kurangnye memang semua muslim tau yang aurat tu untuk ditutup kan? kalau nak tanya definisi aurat.. panjang jugak huraiannye, tapi yang ringkas dan semua muslim dah tau.. aurat ni aib.. jadi, kalau tak jaga aurat, tak kisah la depan mahram atau bukan mahram, maknanya aib diri tak terjaga.. macam tu je...

letih jugak la bila sentuh pasal aurat.. huhuhu.. sebab bila kait hal aurat.. banyak sangat komen tentang pemakaian wanita zaman sekarang ni.. memang la banyak komen.. sebab aurat yang perlu dijaga oleh wanita memang banyak pun.. sampaikan dalam hadith nabi pun ade cakap..

''wanita itu adalah aurat''

wanita itu menjadi aurat kerana dirinya adalah aurat bila ia menampakkan apa yang patut ia rasa malu seperti mana seseorang yang bila auratnya tersingkap terasa malu..
(Lisanul A'rab.. jilid 4)

huhuhu.. sebab terlalu banyak yang perlu dijaga.. minda kita yang waras ni tak la terasa hairan sangat jika ramai yang amat sangat wanita zaman sekarang tidak menjaga aurat mereka dengan sempurna..

tapi.. saya naik bingung.. apakah aib itu seronok untuk dipertontonkan? saya bingung kerana saya adalah lelaki dan adalah tidak logik jika aurat seorang lelaki tidak boleh dijaga dengan sempurna...

aurat lelaki adalah bermula dari pusat hingga ke lutut.. maknanya lutut dan pusat itu juga tidak boleh didedahkan... huhuhu.. tapi... aurat lelaki itu bersifat kekal.. depan mahram dan bukan mahram.. bukan depan bukan mahram je yang tak boleh pakai seluar pendek.. depan adik-adik, depan abang-abang, depan kakak-kakak, depan mak ayah.. tetap tak boleh pakai seluar pendek, tetap tak boleh menampakkan dari pusat hingga lutut... semua pun dah tau.. tapi kenapa tak jaga pun? tekanan betul rasenye...

''ohho... abang macam undertaker la..''

''haish... baru perasan ke?''

seorang adik macam dah tak rasa apa-apa bila saudara kandungnya berjalan keluar dari bilik air dengan hanya berseluar dalam... kononnya depan adik-beradik tak kisah sangat.. tak malu sikit pun... huhuhu... tak boleh la macam tu... aurat tetap aurat..

antara ahli keluarga ade jugak logiknye tak jaga aurat sebab dah tak ade rase malu antara adik-beradik... tapi.. yang paling tak logik, bila seseorang tu pergi jalan-jalan dekat mana-mana pusat membeli-belah atau pergi main bowling, atau pergi bertemujanji, atau pergi hospital, atau pergi kubur ke.. mana-mana lah... tak rasa malu ke membuka aurat ketika menunggang motosikal? rasa dah biasa sebab kalau pakai seluar pendek, nyaman dan sejuk sikit... rasa best sebab kita dapat buat apa yang orang lain tak buat?

Ya Allah.. jangan Kau ambil sifat malu yang berada dalam diri kami...

sesungguhnya.. huhuhu.. sungguh ni... bagi saya, perkara-perkara macam ni la yang menjadi fitnah besar pada Islam..

cantik.. bajunya berkolar.. bertali leher.. bertopi.. berkasut.. tapi berseluar pendek.. hahak.. terus-terang saya dapat kata.. memang orang yang tengok pemakaian sedemikian dan berpendapat bahawa itu unik dan bergaya, orang tersebut sakit mental..

kebiasaannya.. orang akan bermonolog macam ni..

''uhh.. nampak macam bodoh je..''

''ahaha.. macam badut sarkis je..''

''seluar panjang dia kena curi kot mase masuk jamban tadi..''

''mesti seluar pendek tu awek dia yang bagi hadiah..

''aku rase nak tampor je mamat ni..''


huhuhu... dan banyak lagi la kot... cuba la bayang... ramai mana yang doa keburukan pada si pelaku? yang jenis bersangka baik pun banyak.. tapi.. tak ke senang kalau pakai pakaian yang nampak macam orang berpelajaran? bukan maksudnya pakai blazer segala.. tapi, pakai pakaian yang bila orang nampak, orang dapat mengagak bahawa kita adalah muslim... bukan pakai jubah, serban, kopiah ke, kasut mahal atau berlengan panjang.. tak... tapi... menampakkan kita adalah manusia yang tahu adab dan tahu agama.. tolong la jangan membodohkan diri sendiri..

jangan ingat peraturan yang Allah tetapkan boleh berubah bila masyarakat dah dapat menerima.. tidak.. lagipun.. untuk apa Allah tetapkan peraturan untuk kita? untuk diingkari?

''rules are created to be broken''

ni la yang pening kepala.. sape yang reka ayat ni pun tak tahu la.. tapi, ramai yang menyokong ayat ni.. sebab bila dapat buat ikut suka hati, tak ikut peraturan.. orang akan label kita berani.. kan? papan tanda dilarang merokok.. dekat situ jugak la tempat paling best nak hisap rokok..

tapi.. betul jugak.. hahaha.. cuba pergi bank esok... tengok pekerja bank tu.. tengok je... jangan mengorat.. hehehe...

mana-mana tempat kerja pun.. pekerja akan ikut peraturan dekat tempat kerja tu supaya tak dibuang kerja... mana ade pekerja bank hisap rokok ketika bekerja.. dekat kedai makan je semua pekerja yang kuat merokok akan merokok.. tak pun dekat dalam tandas.. bagus.. biar syaitan makan semua asap tu.. hihihi..

jadi.. cuba kaitkan.. jika ikut peraturan Allah.. kita islam yang betul-betul la.. bukan maknanya tak ikut peraturan Allah terus kafir.. tapi dah jadi fasik la.. dah rosak... ahaa.. ni cume perbandingan akal je... logiknye macam tu..

yang herannye sebab aurat lelaki cuma sikit.. tak pakai baju pun boleh.. cuma pastikan pakai seluar atas dari pusat.. kalu tak mahu jugak.. pakai la boxer tu atas dari pusat.. lepas tu seluar nak londeh tahap susah nak berjalan pun tak kisah.. asal terjaga kawasan dari pusat hingga lutut tu..

yang senang jangan disenangkan.. yang payah tu tanda Allah lagi sayang...





Tuesday, February 9, 2010

saYa ceMbuRu?


salam alaik... huhuhu... normal la.. kita kan manusia.. manusia kene la ade perasaan... tak seronok jugak kalu sepanjang tahun, seumur hidup kita.. kita tak pernah merasai kekecewaan, kegagalan, kesedihan, kemarahan, kegembiraan dan macam-macam perasaan lagi...

kehidupan kita macam sekeping poster yang perlu diwarnakan... setiap hari yang kita lalui dengan perasaan yang berbeza-beza membuatkan hidup kita indah.. perasaan kita yang membuatkan poster kehidupan kita berwarna-warni..

ahaha.. macam merepek je ni... tak kisah lah.. muda hanya sekali.. jadi.. jom kita taat kepada Allah.. mana la tahu kot-kot malaikat izrail dah tak boleh sabar nak ambik nyawa kita sebelum datangnya usia tua kepada kita.. rugi la kita sebab tak taatkan Allah pada usia muda kita kan? jika usia tua sempat sampai kepada kita sekalipun, Allah akan tanya nanti.. ape yang kita dah buat masa datangnya usia muda kita? kita nak jawab apa? '' emm.. masa muda dulu-dulu.. buat-buat tak tahu je.. asal selesa..'' senang sikit jawab macam tu kan? tak terasa langsung tanggungjawab berat yang memang harus kita pikul... huhuhu... parah...

kita hidup bermasyarakat.. hidup berjiran.. hidup yang saling bantu-membantu.. pelbagai ragam manusia dapat dilihat, kita tidak sama.. tapi kita berjuang untuk satu penamat.. akhirat yang kekal abadi selamanya..

perlukah kita mempunyai rasa cemburu? haish... perlu la... sape yang tak pernah cemburu kan? cuma perlu kita tahu terhadap apa kita cemburu...

''tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu, dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia''
(sahih Muslim)

haa.. dengan dua orang ni je la kita kena cemburu.. huhuhu... jika anda ada niat untuk cemburu pada jiran anda kerana tangki air rumahnya besar sedangkan rumah anda tidak mempunyai tangki air.. sila batalkan niat tersebut sekarang.. =)

cemburu yang salah asal dari mana sebenarnya? tau tak? hihihi... cemburu yang salah adalah berasal dari iblis.. iblis ni cemburu sebab Allah beri penghormatan yang lebih pada Nabi Adam alaihissalam.. sedangkan iblis rasa dia patut diberi penghormatan yang lebih tinggi..

bila turun Nabi Adam ke dunia.. manusia juga dihantui cemburu yang salah dan mengakibatkan berlakunya pembunuhan pertama di dunia.. perbalahan antara Habil dan Qabil.. putera Nabi Adam...

cemburu ni turun-temurun ke? hahaha.. sebab putera Nabi Adamlah kita mempunyai sifat cemburu? ade ke orang yang fikir macam tu? bagus jugak pemikiran yang macam tu.. unsur-unsur saintifik tu macam telah diterapkan ke dalam jiwa.. betul la kan? penghidap penyakit yang bahaya seperti batuk kering dan kanser mungkin boleh menurunkan penyakitnya kepada keturunan-keturunannya..

manusia mempunyai keinginan dan kehendak.. jadi, cemburu tidak boleh lari dari menjadi salah satu sifat manusia... cemburu amat penting.. cuma yang paling penting, mestilah cemburu pada haluan yang betul.

''sesungguhnya Allah cemburu, orang beriman cemburu, dan cemburunya Allah jika seorang mukmin melakukan apa yang Allah haramkan keatasnya''
(Imam Ahmad, Bukhari dan Muslim)

berkata Ubadah bin Somit r.a: ''Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akanku pukulnya dengan pedangku'' maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi. Lalu Nabi berkata: ''adakah kamu kagum dengan dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad? Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji dan mungkar yang nyata dan tersembunyi''
(Bukhari dan Muslim)

dah jelas kan? Allah pun cemburu rupanya... tapi.. untuk hadith pertama yang dipaparkan tadi, kita kena cemburu pada orang yang berilmu kemudian beramal dengan ilmunya dan ajar ilmunya pada orang lain... Allah suruh kita berlumba-lumba membuat kebaikan... kita cemburu, tapi cemburu kita cemburu yang berfaedah.. seronok la jugak... hihihi...

cuma.. situasi sekarang.. kita berusaha.. orang lain pun berusaha.. tapi, kita gagal namun orang lain berjaya... betapa cemburunya kita... lantas kita mendoakan kegagalannya di masa hadapan..

kita bekerja.. orang lain bekerja.. tapi, kita di takuk lama namun orang lain kaya raya.. dengan marahnya kita mendoakan kemuflisannya..

kita berbuat kebaikan, orang lain selalu pergi kelab malam.. tapi anak-anak kita kurang pintar dalam pelajaran namun anak-anak orang lain dapat keputusan cemerlang.. kecewanya kita dan terus mendoakan keluarga mereka alami keruntuhan..

biasa saja berlaku begini kan? tanpa disedari kita menyeksa diri dua kali.. seksaan kerana hal sendiri dan seksa kerana tidak senang dengan hal orang lain..

huhuhu... Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.. konsep tawakal dalam islam pun perlu dititikberatkan... kita cuma buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.. bagi yang buat kemungkaran tapi tetap dapat kemewahan dan sebagainya, mungkin itu adalah istidraj.

''apabila kamu melihat Allah memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat. ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah.
(Imam At-Tabrani, Ahmad, dan Al-Baihaqi)

ape mende istidraj? huhuhu.. senang je.. istidraj tetap nikmat dari Allah, kepada semua orang... kafir dan Islam.. tapi nikmat itu telah membunuh rasa kesyukuran dan menambahkan kefasikan kepada penerimanya... Allah binasakan mereka beransur-ansur tanpa disedari...

lindungilah kami semua dari istidraj ini Ya Allah...

tak la payah sangat sangat untuk cemburu yang betul ni rasanya... cuma ramai kini yang mempunyai sifat cemburu yang salah adalah disebabkan dirinya yang dirasanya suci.. suci dari orang lain...

''holier than thou''

bila kita rasa kita suci, kita rasa kitalah satu-satunya orang yang layak menerima nikmat dari Allah.. orang lain tidak dapat berdiri sama tinggi dengan kita... hahaha...

''sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih taqwanya di antara kamu''
(Al-Hujuraat:13)

siapa kita sebenarnya? jangan sekali-kali merasa suci... hanya Allah yang dapat menentukan siapa yang paling tinggi taqwa antara kita semua.. tapi.. hehehe.. logiknya, orang yang merasa suci memang rendah tahap taqwanya kepada Allah.. emm... apa-apa pun.. status kita selama-lamanya adalah cuma bergelar hamba.. hamba kepada pencipta yang maha esa...

huhuhu.. ke arah manakah cemburu kita? emm... ahaa.. macam ni, jika rasa cemburu kita tu mendorong ke arah yang salah.. fikir je ada lagi orang yang lebih susah dari kita yang susah ni.. mesti rasa cemburu tu hilang kan? berkesan ke cara ni? hahaha... tak kisah la... kita bukan hendak berikhtiar kerana mencuba.. kita berikhtiar kerana kita percaya.. kita cuma cemburu untuk agama kan? =)

Friday, February 5, 2010

kiTa raPuh?


salam alaik.. huhuhu... payah nak diungkapkan.. tapi sering saja bermain di fikiran.. tidakkah kita kadang-kadang terfikir.. tahap mana kesusahan yang dihadapi seseorang itu sehingga sanggup dia mengambil nyawanya sendiri... sanggup dia mensia-siakan saki baki hidupnya yang mungkin akan berubah menjadi lebih baik pada masa hadapan.. sanggup dia terjun dari kapal yang sedang berlayar hanya kerana mabuk laut... tidakkah nampak titik penamat kita yang sebenar? bau-bauan yang harum semerbak menunggu kita setelah kita bersusah payah menjaga haluan kapal kita untuk menuju destinasi yang sebenar, menempuh pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang perjalanan..

''Allah tidak membebani seseorang malainkan sesuai dengan kesanggupannya...''
(Al-Baqarah:286)

takut... sebenarnya saya amat takut.. benar.. hanya Allah yang mengetahui tahap mana kita berupaya untuk menempuh dugaanNya... kita langsung tidak dapat mengukur keupayaan kita sendiri.. cuma, sedaya upaya kita akan terus untuk mencuba kekal di atas jalan yang Allah redhai..

ketakutan semakin menjadi-jadi apabila kini semakin ramai orang yang mengambil keputusan untuk membunuh diri.. pembuat keputusan itu kebanyakannya muda-mudi dan agamanya adalah agama yang sama dengan saya.. agama fitrah, agama Islam!

Ya Allah.. janganlah jadikan kami ini fitnah besar kepada agamaMu...

huhuhu... saya nak bercerita lagi kali ni... boleh je kan? hehehe...

ada seorang remaja yang suka menyendiri.. baginya hidupnya sudah tidak ada makna.. segala yang dilakukannya serba tidak kena..

bila berada di rumah.. adik beradiknya menjauhkan diri, ibu bapanya tidak begitu mengambil berat dan dia tiada tempat untuk meluahkan masalahnya di rumah...

sama juga keadaannya ketika di sekolah... rakan-rakannya menyisihkannya, guru-guru tidak mengakui kewujudannya dan keberadaannya di sekolah cumalah diibatkan seperti rutin harian untuk mengelakkan dirinya dimarahi ibu bapa dan sebagai syarat supaya dia tidak akan dibuang sekolah...

''hampeh betul.. kenapa boleh jadi macam ni? dulu sumenye tak ade masalah''

dia buntu, dia tidak tahu bila bermulanya segala hal yang tidak diingininya itu...

''ustaz dekat sekolah ade cakap, bunuh diri akan masuk neraka selama-lamanya..''

dia mula berfikir ke arah yang salah...

''sen, ayoh nok tengok exam spm mung tahun ni cemerlang, mung satu-satunya anok lelaki ayoh, kene la jadi contoh dekat adik-adik... paham??''

tekanan semakin berat... sen ni memang lemah dalam pelajaran, agak bermasalah dalam disiplin dan tidak disenangi guru-guru...

''wahaha.. wei sen! kalu mung mati, mesti ilang je sume masaloh mung tu..''

satu dialog yang amat dinanti-nantikan.. rakan-rakan yang kurang mempunyai sensitiviti dan sememangnya tidak menyukai sen telah membulatkan tekad sen..

''baik aku bunuh diri je.. idup pun buang mase je..''

sen membuat keputusan.

''tapi, aku tak maw masuk neraka, mungkin ade ustaz yang boleh tolong aku ni untuk bunuh diri tapi tak masuk neraka selama-lamanya...''

sen cuba membuat andaian.

sen pergi mencari seorang untaz yang dipercayainya mungkin boleh memberikannya peluang untuk membunuh diri tapi tak masuk neraka.

''ustaz, saya nok bunuh diri.. boleh ke saya bunuh diri tapi tak masuk neraka?''

sebelum sempat sen menghabiskan kata-katanya dengan panjang lebar.. ustaz tersebut menjeling dengan penuh bengis dan dengan muka yang kejam dan zalim, ustaz itu pun memaki hamun sen sambil cuba mencari helmet untuk menghentak sen.. huhuhu..

''dari mung bunuh diri, baik aku bunuh mung!!''

sen dengan tidak berfikir panjang terus melarikan diri.. tapi masih lagi cuba untuk mencari ustaz lain untuk realisasikan matlamatnya...

''ustaz... saya nok bunuh diri...''

pendek je sen cakap dan dengan tiba-tiba ustaz itu senyum... sen pun heran..''kenapa ustaz ni senyum? nok tukul kepala aku tengoh aku tak sedor ke?'' sen berhati-hati, dia bersedia melarikan diri jika ustaz yang kedua ini bertindak seperti ustaz pertama yang dijumpainya...

''tunggu kejap..''

ustaz itu berkata pendek dan berlalu pergi ke dapur rumahnya..

''uwahh.. air ape tu ustaz?''

sen bertanya dengan nada terkejut apabila melihat ada botol kecil sekecil botol ubat gamat di tangan ustaz dan di dalam botol itu terdapat air yang berwarna hitam pekat..

''nah, kalu nok bunuh diri, minum air ni separuh botol pada hari ini dan separuh yang bakinya pada minggu depan.. air ni berkesan hanya dengan cara itu..''

sen senyum dengan puas hati... dengan tidak membuang masa, sen meminum separuh air dalam botol itu dan terus balik ke rumah dengan ceria kerana dia tahu dia akan mati setelah minum air racun itu sebotol penuh.. air itu pun rasanya memang pahit semacam je..

dalam minggu itu, sen pergi ke sekolah dengan suka hati, dia cuba untuk bergurau dengan sesiapa sahaja dan personalitinya seolah-olah berubah.. dia melakukan perubahan kerana dia tahu dia tidak mempunyai masa lagi.. cuma seminggu!! dia berubah ke arah itu supaya dia tidak mahu bila dia bunuh diri nanti, orang ramai akan menuduhnya bunuh diri kerana tekanan perasaan..

di rumah pula.. dia jadi seorang yang banyak bercakap dengan adik-beradiknya dan selalu menasihati adik-adiknya supaya menjadi anak yang baik...

dengan perubahan sen.. ibu bapa sen jadi terikut dengan perubahan itu dan jadi lebih mesra dari sebelumnya....

tiba saat sen sepatutnya minum air yang ustaz itu bagi.. sen sekali lagi pergi berjumpa ustaz yang memberinya air itu...

''ustaz.. saya tak maw mati..''

sen berbicara...

''awak tak minum air tu?''

pertanyaan ustaz itu dibalas dengan gelengan kepala dari sen...

''saya suka hidup saya sekarang... semua orang dah berubah..''

ustaz itu senyum dengan jawapan sen..

''awak tak berubah??''

''tapi saya tak maw mati ustaz.. berikan penawar racun ni kepada saya..''

sen menangis...

''awak balik lah..''

ustaz itu tenang..

''kalu saya minum separuh je, racun ni amik mase lame mane untuk memberi kesan?''

sen cuba bertanya lagi...

''akan berkesan sehingga izrail datang mengambil nyawamu..''

sen hairan..

''cakap tu biar la terang ustaz!!''

sen marah.. ustaz itu tetap tenang..

''bila masa saya cakap saya bagi awak air racun?''

''eh?''

''itu air kopi orang miskin dulu-dulu.. air patak kuali.. hahaha.. macam nujum pak belalang..''

ustaz itu sengaja membongkarkan rahsianya dan ketawa.. dengan tiba-tiba, sen terus memeluk ustaz itu dan menangis lagi... tangisan yang amat bermakna baginya..

''sen, awak yang berubah.. bukan orang lain yang berubah.. teruskan aliran hidup awak, jangan melawan arus hidup.. ibarat ranting yang terlekat di celah batu dan dipukul arus sungai yang laju dari hulu.. akhirnya ranting itu patah...''

''saya pegang kata-kata ustaz itu...''

hahak.. kisah ini tidak ada sebarang kaitan dengan orang yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia...

nampak tak?? berubah untuk mengharungi masalah yang kita hadapi... Allah sentiasa bersama kita... Allah ma'ana!

''.... Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan''
(At-Talaq:7)

yosh!! mari sama-sama kita maju... jangan putus asa.. hidup mesti diteruskan.. hidup dengan cara Islam!! kita mesti cuba yang terbaik.. ingat, jika kita tidak ada sesiapa pun di dunia ini.. kita ada Allah.. Allah yang menentukan segalanya buat kita.. cuma pastikan usaha kita adalah usaha yang terbaik.. ummat nabi muhammad s.a.w adalah khaira ummah kan? dan ummah terbaik itu siapa? tentulah kita!! =)



keteRbataSan.


salam alaik.. kita ada pendapat kita, orang pun ada pendapat sendiri.. cuma yang pentingnya jangan sekali-kali merasa bahawa hanya kita yang betul.. pada akal yang terbatas ini.. kita bukan nabi, kita bukan maksum, kita pun tak dapat wahyu.. cuma pentingnya pendapat yang berbagai-bagai adalah sebagai pencetus kepada minda untuk berfikir..

''berfikir itu pelita hati''

entahlah.. mungkin ramai yang nak sampaikan kebenaran, tapi perkataan yang digunakan kurang sesuai... ataupun memang si pembawa pendapat itu memaksudkan kata-katanya...

saya agak tertekan bila pembawa-pembawa pendapat mengatakan bercinta itu haram.. seolah-olah bercinta itu adalah khas untuk 'bercouple' semata-mata.. mesej yang disampaikan jelas, haram berdua-duaan antara perempuan dan lelaki bukan mahram sebelum berkahwin dan sebagainya mengenai pasangan yang tidak mempunyai sebarang ikatan.. tapi, adakah benar bercinta dan 'bercouple' adalah satu perkara yang sama? tidak! bagi saya tidak!!

setelah berfikir panjang.. saya agak menyokong saudara Hilal Asyraf.. katanya orang yang kita bercinta dengannya adalah orang yang mahu kita bawa ke syurga bersama-sama kita.. macam tu la lebih kurang.. jadi, adakah dengan 'bercouple' dapat membawa pasangan kita ke syurga? huhuhu.. hubungan pun tak halal lagi, hal halal haram tak berapa nak lulus lagi, nak pergi syurga dengan modal ape?

sebab.. jika kita kata bercinta itu sama dengan 'bercouple'.. cinta kita pada Allah? cinta kita pada Rasul Allah? cinta kita pada Ibu Bapa? adakah haram jika saya mengaku saya bercinta dengan Rasul Allah? mengingati baginda setiap saat..

hahaha.. logik jugak kan ramai orang sekarang dah tak ikut sunnah.. sebab bercinta tu haram.. kalu mengingati Rasul Allah setiap masa boleh terjadi zina hati kot.. pemikiran orang zaman moden ni dah advance la kononnye... pandai je cari alasan..

semua orang memang dah sedia maklum rasanya, cuma bila penyampaian sesetengah orang tu yang terlalu anti dengan perkataan cinta kerana beginya cinta itu sama dengan 'couple', mungkin terjadi ruang untuk pengharu biru keadaan memutarbelitkan ayat untuk kepentingan diri sendiri.. yang bertanggungjawab adalah si pemberitahu yang cukup anti dengan 'couple' dan kerana keghairahan untuk menyampaikan sesuatu.. perkataan yang digunakan tidak dipertimbangkan dengan sebaiknya..

''anybody can talk, but just few can speak''

tak same ke maksud 'talk' dengan 'speak'? betul... sebab itulah wujud pepatah macam ni.. sebab percakapan melambangkan intelek kita.. percakapan juga melambangkan peribadi kita.. tapi.. jangan sebab kita ini banyak ilmu sangat, gaya bahasa kita terlalu tinggi... biarlah sesuai.. biarkan mesej yang nak disampaikan itu sampai dan sebolehnya jangan bagi ruang kepada pemutarbelit yang sentiasa mencari kesempatan dan peluang untuk menggunakan ayat yang diberitahu kepadanya untuk kepentingan diri...

tak dinafikan... jika nak suruh bercakap.. orang beragama selain islam pun boleh bercakap mengenai islam.. tapi.. hanya orang islam yang sikit sangat je yang dapat bercakap, menyampaikan, memberi ketenangan dan memberi kefahaman mengenai islam.. paham tak? itulah yang membezakan 'talk' dengan 'speak'..

cuma... yang mengecewakan... bila seseorang itu tak mampu untuk 'speak', cakapnya sedikit sebanyak menunjukkan kedangkalan fikiran dan walaupun begitu, tetap juga nak tegakkan benang yang basah tersebut... menyakitkan hati.. kan? dan yang lagi teruk, jika bercakap dengan kedangkalan fikiran mengenai islam dan menegakkan kata-kata tersebut.. akan menjadi fitnah besar kepada islam..

semua suka bercakap.. tapi fikir kesan kepada pendengar terlebih dahulu.. tidak ada maknanya berkata-kata tapi cuma sekadar untuk dilihat orang lain bahawa kita juga mempunyai kata-kata untuk dilontarkan.. diam itu jauh lebih baik.. biarlah orang tengok kita macam tak responsif dan tak tahu meluahkan pandangan.. itu lebih baik dari bercakap yang membuatkan kita nampak kurang bijak dan bercakap yang menambahkan dosa..

Monday, February 1, 2010

kaCa maTa kiTa..


salam alaik.. berjuang dan berkorban demi cinta Allah, suka dan duka suratanNya.. huhuhu... Ya Allah.. kotor betul rasenye hati ini...

''sebahagian manusia memakai kaca mata hitam dan melihat segala sesuatu di hadapannya hitam dengan sebab kaca matanya''

matahari yang bersinar menjadi hitam, bulan menjadi hitam, pakaian yang putih dilihat hitam.. semuanya jadi hitam disebabkan kaca mata hitam itu..

ahaa.. jangan salah faham, bukan nak bercakap pasal kaca mata pun.. cuma, kita sebagai manusia.. adalah amat bahaya jika berprasangka buruk..

huhuhu.. memang hidup tak akan pernah tenang.. tak boleh duduk diam.. ade je perkara bukan-bukan yang masuk ke dalam kotak fikiran.. ada orang yang mengatur rancangan jahat ke atas mereka, para peniaga menipu, para ulama berdusta, para pendakwah menyimpang.. yang betul cumalah diri mereka sendiri..

jadi, untuk memudahkan hidup.. buanglah kaca mata hitam anda.. pakailah kaca mata yang jernih warnanya.. selalu bersangka baik terlebih dahulu..

jika anda seorang mukmin yang benar, mengasihi dan mulia maka manusia di sisi anda mukmin, pengasih, benar dan mulia.. jika anda seorang yang derhaka, berpaling, pemarah dan pendendam.. maka manusia pada pandangan anda adalah orang-orang yang suka membalas dendam dan membuat perhitungan..

huhuhu.. sungguh indah jiwa yang redha yang menyukai kebaikan, memaafkan kesalahan dan melupakan kesilapan orang lain. juga betapa zalimnya diri yang suka berdendam kepada orang lain, melupakan kebaikan, memelihara kesalahan dan merakam kesilapan..

sesungguhnya orang-orang yang zalim itu adalah orang yang sakit.. semoga Allah menyembuhkannya..

''dan apabila aku sakit, maka dialah yang menyembuhkan penyakitku''
(as-syu'araa:80)

p/s: huhuhu... buat lesen satu penyeksaan, kepada yang tiada pangkat dan kedudukan, sama-samalah kita menunggu dengan penuh kesabaran.. walaupun tak main dengan orang atasan, insyaAllah lesen tu dapat disiapkan.. semoga Allah permudahkan.. hahaha...

Sunday, January 24, 2010

mUsuh iTu saTu kePerLuan..


salam alaik..

Ya Allah...
jika ini mimpi..
cepatlah bangkitkan daku...
jika ini khayalan...
cepatlah musnahkannya untukku...
jika ini kelalaian...
luruskanlah diriku...
jika ini satu permulaan...
teguhkanlah hatiku...
jika ini satu ujian...
semoga terhapus sedikit dosaku...
jika ini kemahuanMu...
aku tetap akan berada di jalanMu...

hehehe... hidup tidak pernah sunyi dari ujian dari Allah.. betul kan? maka beruntunglah orang-orang yang sabar dan redha menjalani ujian tersebut.. jika miskin.. ujian Allah adalah mengenai harta.. dan jika sakit, ujian Allah adalah mengenai kesihatan... cukup jelas mesej yang Allah sampaikan... motifnya adalah untuk menguji hamba-hambaNya...

tapi, pentingnya mengenai ujian yang telah Allah berikan adalah mengenai keikhlasan hati... benar.. jika miskin, ramai orang yang dapat bersabar untuk hidup dalam keadaan miskin.. jika sakit, ramai yang dapat bertahan dengan kesakitan itu.. cuma pokoknya... ikhlaskah?

huhuhu... ujian Allah yang jelas nampak yang ianya adalah 'ujian' memang manusia terpaksa laluinya.. kemudian menempuhinya.. akan tetapi, bagaimanakah dengan ujian Allah yang datang dalam keadaan yang bukan dalam bentuk yang jelas?

kekayaan.

kebolehan istimewa.

masa lapang.

ketiadaan musuh.

jika dilihat dari semua segi.. segalanya adalah ujian Allah... kita tidak pernah terlepas dari ujian.. tanya hati.. cepat tanya hati.. sudah bersediakah untuk mengikhlaskan segala ujian dari Allah?? tidak! hati saya memang belum bersedia sepenuhnya.. huhuhu..

'dari permusuhan ada yang mendatangkan manfaat kepadamu dan dari persahabatan ada yang memudaratkan dan menyakitkan' ( Abu At-Tayyib)

mengkagumkan.. ketiadaan musuh juga merupakan ujian Allah.. pernahkah kita sedar? Ya Allah.. sedarkan kami..

aih.. hahaha... keadaan ini bukan alasan untuk kita supaya mencari musuh, tapi mungkin sedikit sebanyak dapat menyedarkan diri kita ini kenapa kita perlu mempunyai musuh, bukan mencari musuh tau..

kenapa kita mempunyai musuh? sebab kita berkelakuan yang tidak disukai oleh orang lain? sebab kita bercakap ikut sedap mulut je? sebab kita terlalu popular? sebab kita terlalu baik? alaaa... memang banyak betul sebab yang boleh menyebabkan kita mempunyai musuh, kadang-kadang jika tidak mempunyai sebab pun orang boleh bermusuh dengan kita...

sebaliknye.. kenapa kita mempunyai kawan? sebab kita disenangi? sebab kita senang untuk membantu? sebab kita bertolak ansur? sebab kita popular? hahaha... untuk mempunyai kawan pun mempunyai terlalu banyak sebab.. tidak ada sebab pun memang boleh buat jadi kawan..

betul kan? tapi yang paling penting kedua-duanya mesti ada.. musuh dan kawan.. cuma bilangan musuh perlulah berkali ganda kurang dari bilangan kawan yang kita ada... peribadi kita bergantung kepada jumlah musuh dan kawan.. jika ramai kawan kita yang memang sentiasa berada di sisi ketika senang atau susah, itu dapat menandakan tahap ukuran peribadi kita.. ramai yang ingin menjadi kawan kita ketika kita senang, tapi jika ketika kita memerlukan.. kawan kita masih setia di sisi.. kita boleh bersyukur dengan Allah terutamanya dan kemudian bersyukur kepada diri kita sendiri..

bersyukur kerana orang lain menghargai diri kita semata-mata kerana kita.. atau bersyukur kerana kesetiaan orang lain dapat membuatkan kita lebih terdorong untuk menjadi lebih baik..

ayya.. merepek ape dari tadi ni? hahaha... tak kisahlah... cuma.. lalainya diriku tanpa musuh.. huhuhu...

jika benar peribadi kita baik.. saat itulah ujian makin bertimpa-timpa.. jika nabi mempunyai akhlak yang sangat unggul.. nabi juga mempunyai musuh yang sangat dasyat... betul kan?

sahabat kadang-kadang memudaratkan dan menyakitkan... huhuhu.. inilah ujian yang paling berat untuk ditempuhi..

''wahh... mung dah la baik, rajin... mesti sume family mung bangge..''

''tak payoh study la.. mung bijok doh, aku gerenti ni...''

''mung mesti kuat bangun tengah malam.. aku macam napok cahaye je bile tengok mung..''

sahabat.. sudah tentu sahabat adalah untuk sering nasihat-menasihati dan lengkap-melengkapi.. cuma kadang-kadang sahabat adalah orang yang sering dapat menimbulkan penyakit hati.. huhuhu.. sakit yang tak dapat diubati oleh doktor, tak dapat juga diubati oleh kawan.. dapat dikurangkan dengan mujahadah.. tapi penawar yang paling mujarab adalah musuh!

dengan peribadi kita, sahabat langsung tidak ada niat untuk mengejek, semuanya diluahkan ikhlas dari hati.. tapi penerimaan kita tidak dapat dijangka.. kita baik, sahabat memuji kita, kita rajin, sahabat mendorong kita, kita hebat, sahabat mengagumi kita.. benar... itulah keikhlasan seorang sahabat.. memberitahu yang sepatutnya dan mencegah yang tidak baik.. kan?

kita lalai.. kita semakin hanyut.. kita dibuai arus yang membelai.. kita hanya akan semakin lemah..

cuba bayangkan keadaan musuh kita.. musuh yang sentiasa mengintai.. musuh yang menanti kita melakukan kesilapan dan musuh yang sengaja membesar-besarkan kesilapan kita.. itulah musuh... sentiasa menjadi penjaga secara tidak langsung...

kita dihina, musuh mengajar kita erti sabar.. kita dipersalahkan, musuh mengajar kita erti tanggungjawab... kita dipukul, musuh menyuruh supaya kita menjadi kuat... kita diejek, musuh hanya mahu kita merendah diri..

kita makin kuat dan musuh pun semakin kuat... kita bersaing dengan musuh.. jika hidup bersama sahabat yang sentiasa beri kita pujian dan pengaguman, nescaya angkuh dan sombonglah kita.. tapi kita juga hidup dalam intaian musuh, musuh memaksa kita untuk merendah diri.. musuh dapat menghancurkan keangkuhan kita, musuh juga dapat memaksa kita sentiasa muhasabah diri..

musuh yang seorang dapat terus melemahkan kita mungkin untuk selama-lamanya.. di situlah perlunya kawan yang berpuluh ratus orang.. untuk membolehkan kita bangkit kembali.. untuk membuatkan musuh hormat kepada kita.. untuk membuatkan kita sedar yang kita sentiasa dalam ujian Allah.. ujian Allah yang memang kita perlu tempuhi dengan cara yang betul..

p/s: hehehe... sekolahku... aku rindukan komen-komen yang membina dari orang yang tidak sependapat denganku, orang yang mencabar kesabaranku.. orang yang suka besarkan kesalahanku.. aku rindukan kalian!! =)