Friday, November 25, 2011

caNtikkAn yaNg caNtik


salam alaik.. lama sangat-sangat tak menulis, terpengaruh dengan yang dah lama tak update, ataupun buat-buat sibuk, hehe.. sibuk jugak la kot, kalu nak dibandingkan dengan yang mengadap fecebook 8 jam sehari... tak tau motif kenape mesti buke facebook, macam dah jadi kemestian.. haha.. atas diri masing-masing lah hal yang itu...

fuh... alang-alang dah menulis, tulis je dengan perasaan yang bergerak selari dengan masa yang mengalir, menyesuaikan diri dengan mana-mana keadaan, jernihkan pemikiran dari mana-mana unsur yang mencemarkan, kukuhkan pegangan sedang dalam keadaan terbuka dengan kerosakan.. hidup perlu susah untuk merasai sebuah kesenangan tapi jangan cuba untuk meminta yang susah-susah.. hidupkan sebuah kehidupan.. =)

macam bersastera sangat je rasenye.. hehe.. tak kisah lah... tersentuh sebenarnye, jarang boleh tersentuh ni, tapi kalu dah nak tersentuh, biar je lah.. boleh muhasabah diri sikit-sikit.. fitrah manusia suka pada kebaikan, yakin yang itu, yup, manusia suka buat baik dan orang yang buat baik padanya.. percaya? kalu tak percaya pun sape nak kisah... woha, yang penting itu yang penulis pegang! sampai matahari padam insyaAllah.. =)

sempena tahun baru yang akan menjelang ni.. haa.. baru nak masuk point, dari tadi pusing-pusing macam orang pening.. mase tetap berlalu, tak kire la manusia nak kisah atau tak, mase tetap jalan tak henti-henti, mengalir macam air sirap, air neslo ataupun air jagung mahupun air terjun sekayu..

cuba berkira-kira dengan diri sendiri sebenarnye, hehe... masih lagi mencuba, tapi payah untuk berkira-kira tentang sesuatu yang tak nampak.. huhu..



****


pada satu hari yang hening dan damai yang amat sangat, satu kumpulan manusia pergi menjalani ekspedisi memanjat bukit untuk menambah stamina dan memupuk semangat cintakan bukit supaya negara akan lebih dihargai oleh semua lapisan masyarakat?

lalu memanjat la sekalian manusia yang ada ke atas bukit menuju destinasi tertentu, menyepak batu-batan yang ada, bersemangat sekali..

malang tidak berbau, tuah tidak berbunyi.. tidak seperti perut yang berbunyi dapat diisi jika kita tidak dalam keadaan berpuasa..

''aduh''

salah seorang dalam lautan manusia itu mengaduh dengan dasyat sekali..

walaupun mengaduh sebegitu dasyat, manusia itu tetap berjalan menuruni bukit berserta manusia lain setelah sampai ke destinasi yang dituju asalnya...

setelah sampai di bawah bukit, tetap berjalan dan berjalan sehinggalah bunyi seperti dahan pokok duku yang patah kedengaran, seperti lazimnya mana-mana alatan, apabila sampai hadnya akan berlakulah sesuatu yang tidak diingini...

''kraaakkk''

lalu rebahlah menongkat tangan ke tanah menahan kaki yang berbunyi krraaaakk yang dasyat itu...

rupa-rupanya kaki yang berbunyi dasyat itu terkehel entah macam mana semasa dalam perjalanan menuruni bukit tadi..


****

woha!! sungguh tak berbakat dalam membuat cerita, memang tak selera nak sambung, cerita rekaan yang mematikan selera anak-anak kecil untuk menyusu dengan jayanya.. huh.. tapi kira boleh la, cerita setakat untuk menimbulkan motif.. ada motif, boleh la berfikir.. =)

nampak tak motif cerita di atas? haha.. kalu kate nampak memang tipu, karamah la setakat mana pun, jangan cakap banyak.. ni nak bagitau motif la ni.. hehe..

di tahap mana syukur kita? pernah berkira-kira? pernah bayang kita akan sakit dalam kita sedang sihat? kalu ikutkan cerita di atas, memang suka untuk kita dalam keadaan yang sakit mintak pada Allah..

''Ya Allah.. sembuhkan kaki aku ini Ya Allah''

''Bagilah balik daya berjalan pada aku Ya Allah''

memang manusia, tak pernah melihat pada apa yang kita dah ada.. nak yang baru, bila dapat sesuatu yang baru, terdetik ketika itu untuk bersyukur.. baru nak bersyukur.. pernah tak sebelum kaki tu sakit, bersyukur dengan nikmat kekuatan pada kaki? nikmat kesihatan? nikmat tangan? nikmat suara..

tak salah nak mengharapkan sesuatu yang baru.. sungguh, memang jenis manusia, jangan salahkan siapa-siapa, sume same je.. tapi kata HAMKA..

''apa yang kita ada ini harapan kita''

memang kita dah ada kemampuan, boleh sangat nak buat.. memang naskhah Quran banyak hiasi rak-rak buku, tapi nak tunggu ada mp3, boleh dengar Quran tu beralun sendiri, baru boleh baca sedap-sedap.. nak bangun pagi-pagi untuk subuh alarm telefon bimbit macam-macam bunyi, tapi tunggu mak yang gerak.. baru feel nak bangun subuh tu kuat...

satu resolusi untuk menyedarkan diri sendiri sebenarnya... orang yang berusaha memahamkan diri akan paham.. tidak berniat pun untuk marah-marah, tidak ade hasilnye, orang yang mahu kebaikan akan mencari kebaikan walaupun di dalam sebuah keburukan..

kadang-kadang ada sebahagian ulama yang mengatakan maqam syukur adalah lebih tinggi dari sabar.. yup.. sebab dari segi logiknye, bila kita dah terkena musibah, nak buat apa lagi? sabar kepada Allah.. itu pastinya.. tapi sedar atau tidak.. bagi yang menerima ujian Allah dalam bentuk kesenangan, kesihatan, kegeniusan, kekretifan.. segala bentuk yang kita sendiri bangga terhadap diri.. bila kita bersyukur? pernah kita terfikir untuk bersyukur?

memang dah lazim sangat, semua tahu, Allah akan tambahkan nikmat pada orang yang bersyukur dan azab bagi yang tidak bersyukur.. nikmat Allah jika dibilang nescaya tidak akan dapat dibilang.. semua jadi sekadar satu teori yang terpahat kemas di dalam Quran, orang-orang yang cuba memahat teori Quran itu di hati untuk digerakkan sebagai praktikal untuk teladan ramai sangat jarang dan jika dipraktikkan akan dianggap janggal mungkin.. mungkin?

Ya Allah.. masih lagi berkira-kira..

p/s: selamat menghadapi tahun baru hijrah dengan semangat yang baru, azam yang baru, ilmu yang ditambah baru, kesabaran lama yang dibarukan, dan awek baru? huhu.. hijrah itu indah~~ =)

Thursday, August 18, 2011

dRama aiR maTa




salam alaik.. salam Ramadhan Kareem.. rase seronok tahun ni sebab setakat ni tak demam yang serius lagi sepanjang menjalani puasa, tahun-tahun sebelumnye memang macam jadi syarat, masuk je Ramadhan konfem demam tahap trojan..

uiya.. sedih ade, gembira pun ade.. sebab kalu demam-demam tahun yang terdahulu tu mungkin penghapusan dosa untuk kurangkan sikit dosa-dosa yang ada, tapi tahun ni tak demam.. jadi terfikir sorang-sorang, kalu nak kate dosa jadi kosong, memang tak logik tahap 5 petala langit, riak sungguh kalu fikir macam tu, tahap orang baik-baik pun tak berapa nak sampai lagi, ni nok kate macam same taraf dengan nabi?? buat jadi tambah dose ade la kalu fikir macam tu.. haha..

jadi? mungkin tahun ni tak demam sebab hijab makin banyok? duduk tempat yang melimpah ilmu tapi tak menghayati ilmu dengan sebaik mungkin? hafal kalimah-kalimah mukjizat tapi tak menjaga dengan ketat? menetap di kediaman yang bersuasana sejahtera tapi tidak menikmati dengan hati yang bahagia? hanya kepada yang Maha Mengetahui dikembalikan segala persoalan yang berbentuk ghaib..

okeh.. 10 Ramadhan yang terakhir, fasa untuk terlepas dari azab api neraka..

mesti ramai yang dah tahu cerita pasal khalifah Harun Al-Rasyid dengan seorang budak yang melihat unggun api sambil menangis, cerita yang sedap, ibrah yang banyak dapat diambil.. kita ulang balik cerita tu okeh? hehe.. kalu dah bosan sangat, bosan la, penulis tak rugi sikit pun.. menulis dengan hati suka-suka... =)



*****



macam biasa la, di zaman pemerintahan Harun Al-Rasyid, ketika khalifah itu berjalan untuk bersiar-siar tengok keadaan rakyat, semua macam dalam keadaan biasa.. aman dan tenteram... dan apabila khalifah meneruskan lagi perjalanan, khalifah terlihat akan seorang budak yang duduk merenung unggun api... kemudian menangis secara tiba-tiba.. dengan perasaan yang hairan, pelik, ajaib dan ingin tahu, khalifah pun menuju ke arah budak tersebut dan bertanya..

''kenapa kamu menangis di depan unggun api ini wahai budak?''

budak tersebut tersentak apabila mendengar suara tersebut dan berpaling untuk mengetahui siapakah gerangan yang bertanya... lantas budak itu dengan tangisan yang masih teresak-esak, menjawab ringkas..

''aku takutkan azab naraka''

khalifah menjadi takjub dengan jawapan tersebut lantas mengukir senyuman untuk menyedapkan hati dan untuk membuatkan budak tersebut berhenti menangis.. khalifah mengambil tempat duduk di tepi budak itu dan seraya berkata...

''jangan bimbang wahai hamba Allah yang soleh, kamu tidak akan masuk naraka''

suasana menjadi hening, budak itu diam seketika dan khalifah menjadi kelu untuk berkata-kata.. sememangnya khalifah memaksudkan kata-katanya itu, adalah pasti bagi seorang budak yang belum baligh untuk dijauhkan baginya api neraka kerana dosa-dosa yang dilakukan seorang islam yang belum baligh tidak ditanggung olehnya akan tetapi masih ditanggung oleh ibu bapanya..

''aku melihat unggun api ini...''

budak itu berkata tiba-tiba...

''kenapa dengan unggun api yang sedang membakar itu??''

''tidakkah khalifah mengetahui cara-cara untuk hidupkan unggun api??''

''apa yang kamu maksudkan??''

''untuk hidupkan api, mestilah gunakan ranting yang kecil dahulu kemudian baru digunakan ranting yang besar supaya api menjadi makin marak.. tidakkah neraka boleh diibaratkan seperti unggun api ini??''

''.................''

''aku amat takut dan gerun kerana sedia maklum bahawa bahan bakar neraka adalah manusia dan batu.. mestilah aku yang kecil ini dibakar terlebih dahulu berbanding manusia-manusia dewasa yang lain seperti mana terbakarnya ranting-ranting yang kecil terlebih dahulu..''

apabila mendengar penjelasan budak tersebut, air mata dengan tidak semena-mena mengalir deras melangsir di pipi khalifah, esakan khalifah semakin kuat dan khalifah memeluk kuat budak tersebut.. khalifah amat kagum dengan pemikiran budak tersebut dan peristiwa itu amat memberi kesan di hati khalifah untuk lebih memuhasabah diri ke arah yang lebih baik..



*****



okeh, dapat bercerita adalah sangat seronok.. hehe.. cerita ini adalah sebagai tanda keinsafan, pengukur keimanan, setakat mana kita takut akan azab Allah, berebut untuk mendapat nikmat-nikmat Allah...

akan tetapi, sudah menjadi kebiasaan pada zaman sekarang.. pengetahuan sangat luas, tetapi penghayatan sangat kurang.. zaman mudah mendapat ilmu, tambahan pula pada bulan Ramadhan seperti ini, banyak kuliah, forum dan macam-macam bentuk penyebaran ilmu dilakukan, usaha yang sangat baik.. cumanya kita yang mendengar ini sekadar mendengar, sekadar tahu untuk menjadi orang yang tahu supaya dapat bercakap mengenainya agar dapat diiktiraf manjadi orang yang hebat di mata orang lain.. =(

hehe.. tapi bagus jadi orang yang tahu dari orang yang jahil.. cuma sangat mulia jika menjadi orang yang tahu dan menghayati pengetahuannya itu.. tahu akan neraka dan gerun akannya, memahami syurga dan rindu untuk memasukinya...

''Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman dalam kalangan kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat''
(Al-Mujaadalah : 11)


Lelaki...
jika kuat itu pada tenaga semata-mata..
nikmat Allah itu seakan menjadi sia-sia..
jika rupa cuba dibanding-bandingkan supaya dipuja..
kitalah manusia yang membazir masa..
jika hanya harta yang dilihat di depan mata..
manusia itu hilang rasa, hilang punca..

Lelaki..
tahulah airmatamu itu bukan tanda kelemahan..
batu egomu hancur kerana takutkan Ar-Rahman..
tahulah kekuatanmu pada hati yang lembut dan ihsan..
ketegasanmu berlandaskan apa yang disyariatkan..
tahulah kata-katamu itu hanya ilmu pengetahuan..
jiwa tenteram tidak suka berangan-angan..

Lelaki..
cuba untuk menjadi baik sangat payah..
diejek itu biasa, beruntung bagi yang istiqomah..
cuba kerana mencuba atau mendapat hidayah..
beramal dapat balasan, saham untuk alam barzakh..
cuba dekati diri hakikatnya mahu mula kenal Allah..
tidak rugi diri, jiwa sedang redha dan pasrah..


uiya... marilah beramai-ramai menghidupkan 10 malam terakhir bulan Ramadhan dengan ruh Ramadhan yang sepatutnya, bukan dengan mengorat Nia Ramadhani.. cuba untuk lakukan ibadat-ibadat asas dengan paksaan terlebih dahulu, 10 Ramadhan terakhir adalah detik-detik paling sukar untuk membelek Al-Quran kerana ruh Aidilfitri mula untuk tersengih sinis.. solat pada waktunya, walaupun berada di dalam mydin..=)

Ya Allah.. rintihan untuk diri ini sendiri... lembutkanlah hati, mudahkanlah air mata ini untuk tumpah keranaMu, bukan kerana makhlukMu, betulkanlah niat, ikhlaskanlah segala ibadat, dan permudah carakan untuk sampai kepada keredhaanMu..

p/s: Sungguh!! Air mata bukan lambang kelemahan!! cuba untuk menangis sendirian, mengenangkan segala kesilapan yang dilakukan.. seronok jika dapat menangis.. rahmat Allah untuk hati lebih tenteram... =)

Thursday, May 5, 2011

niKmatnYa saKit...






salam alaik... jadi rajin yang teramat.. hehe.. meraih kembali hati untuk menulis, gerak tari jari jemari yang bukan berdasarkan sendi, tapi berpasak di hati, gerakan yang terjadi dengan murni, naluri insani... =)

baru terfikir sebenarnye.. hehe.. memang selalu macam tu, kita manusia payah ada yang jenis berfikir dua tiga langkah ke depan. jadi normal bila sakit dulu baru mengelak, sekurang-kurangnye ade la jugak inisiatif nak mengelak.. cume lambat.. sikit je lambat.. =)

tengok rancangan imam muda 2011, ade cerite pasal buang-buang bayi.. bayi dengan lampin pun orang zaman sekarang buleh tertukar.. jarang nampak lampin pakai buang dalam tong sampah, bayi je yang kerap ade dalam tong sampah... sila berhati-hati.. pergi uji mata anda di klinik terdekat, tolong jangan gopoh-gopoh dan pastikan dengan mata yang tidak buta bahawa yang mane lampin dan yang mane bayi..

fuhh.. hebatnye perempuan yang melahirkan anak, sakit dan mungkin berulang-ulang kali sebab proses melahirkan anak banyak-banyak kali la.. urat putus banyak mane tu serius tak payah kire, takkan terkire.. sebab tu la darjat wanita ramai anak ni tinggi di sisi Allah..

cuma... adoi la, sakit tu kafarah dosa, baru je lepas sakit-sakit bersalin, buat dosa balik.. mungkin tu la sebab orang-orang ade cakap yang orang bersalin sebab zina ni senang, tak sakit sangat.. kafarah dosa sikit je, tu pun nok tambah dosa lagi.. no komen... Allahu Allah... jagalah kami dengan sebaik-baik penjagaan~~ amin..

uhha, macam panjang je mukaddimah.. tak kisah la... sangat-sangat terkesan dengan pepatah arab yang ada dalam buku teks tingkatan 3 dulu kot...

''kesihatan itu mahkota yang jelas kelihatan bagi mereka yang sakit''

lebih kurang macam tu la bunyinye.. sape yang tak seronok bile sihat? cuma ramai yang tak sedar betapa pentingnye sihat ketika masih sihat... tapi tu la... ade yang rase tak sedap hati bile lame tak sakit... sahabat-sahabat nabi dulu la.. ade ke orang zaman sekarang yang nak sakit? kalu jenis yang suke cari penyakit memang ramai...

''sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu ketika sakit, engkau sedang mendapat peringatan dari Allah, doamu dikabulkan, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu..''

hehe, peringatan dari Allah ni banyok sangat, selama ni kuat sangat mengumpat.. Allah bagi sakit lutut sikit.. kurang sikit mengumpat sebab tak boleh kemane-mane sangat, kalu yang jenis suke tido sangat, Allah bagi selsema, batuk, tersumbat hidung cket.. Allah nak suruh beringat je.. lagipun dengan sakit-sakit sikit la dapat berehat.. jangan guna sangat tubuh badan macam robot.. servis kena ada...

bagi yang sakit sikit-sikit macam tu la.. huhu.. kalu yang sakit kronik, payah nak bersangka baik dengan Allah, orang konfem cakap kite bodoh kalu cakap depan-depan pasal bersangka baik dengan Allah ni.. serius!! kalu kite yang sakit, terima dengan redha tu diam-diam sudah la.. ni macam nok promote diri konon nok suruh orang cakap kite bagus.. mulut orang memang puji la mase depan pesakit, hati dia Allah je tau.. nak bersangka baik dengan Allah tu diam-diam.. penyakit tu kena mungkin buleh buat kite sedar tentang kesilapan kite, ambik gula garam berape cupak sehari, rokok isap berape dozen.. mase sakit je kite fikir tu semua.. kalu yang jenis penyakit yang terkena macam kanser tu mungkin bulleh buat orang sekeliling kita insaf sikit... ye la, orang yang jaga kesihatan pun, tak semestinya takkan sakit...

doa orang sakit makbul.. pergi la hospital tiap-tiap hari.. suruh pesakit doa pasal jodoh.. cepat-cepat la dapat nikoh.. macam masalah negara je sekarang ni bila nak cari cinta sejati la konon.. serabut la.. kalu nok senang lagi untuk orang-orang nok cari cinta-cinta jenis merpati ni.. jadi la imam terawih.. ngaji sedap-sedap.. konfem ade la ayah mertua dekat belakang tu yang offer suruh jadi menantu.. tak payah cari-cari pun... serius!!

yang paling penting bab sakit ni, dapat hapus dosa... hehe.. tengok-tengok dari pengalaman jugak ni, orang-orang yang jahat biasanya mati lambat.. sakitnye panjang je.. orang-orang baik pendek umur... haha... mungkin kebetulan atau mungkin betul.. tak kisah la betul atau salah.. cakap pasal dosa pahala, perkara ghaib.. orang percaya dapat hapus dosa pun mungkin sebab nak sedapkan hati sendri.. bukan sebab faham.. ye la.. susah nak faham mende yang tak nampak ni.. cume cube ikatkan dengan hati je la.. kadang-kadang tu dari tindakan pesakit pun dapat tau samada tindakan itu adalah tindakan disebabkan faham atau terbeban.. moga kita semua dari golongan orang-orang yang faham.. =)

uahhh.. Allah cipta penyakit, Allah cipta ubat.. bila sakit Allah sedang suruh kita beringat, bila dah sihat Allah suruh kita ambil peluang untuk meningkat.. muslim sejati takkan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali.. syafakallah pada semua orang-orang sakit... semoga terasa sentuhan kasih dari pencipta yang tidak jemu memandang dengan pandangan yang langsung tidak beralih... Allah itu dekat.. =)

Wednesday, April 27, 2011

Allah rUgi?




salam alaik... post, delete, post, delete, post lagi, lepas tu delete lagi... =) hilang rentak rasenye.. menulis memang tak macam dulu lagi, adoi la.. sedih dengan rentak yang hilang...

yosh!! nafas semangat.. ehehe... mencari hati baru.. terase ingin bercerita.. walau sekadar mane pun ilmu yang mampu diolah dalam bentuk tulisan ini, paksa diri untuk menulis.. sesuatu yang ingin disampaikan hakikatnye terkene pada diri sendiri dahulu.. islah siri.. islah! =)



***



MANUSIA VS SERIGALA JADIAN.


hehe.. macam hebat je tajuk yang direka-reka tu.. tapi tak kisah la.. memang ade la watak serigala jadian dan tentunya ada watak seorang manusia, dan manusia tersebut adalah seorang yang kuat amalan beliau, sentiasa melakukan amar makruf nahi mungkar.. sangat hebat..

dipendekkan jalan ceritanya... sebab kalu cerita panjang-panjang memang sedap meleret-leret cerita macam ni, monokok-tambah itu seronok, jadi fantasi terus cerita ni nanti.. hehe.. susah kalu cerita ni diadaptasi kepada teater dan dipertontokan di istana budaya.. penulis jadi riak.. kan susah tu.. hahak..

setiap siang dan malam.. manusia hamba Allah itu tidak putus-putus dari melakukan ibadah, sangat taat dalam beragama.. memang payah nak cari orang macam ni sekarang, tapi pandai-pandai la bayangkan sendiri, moga-moga dapat jadi macam orang ni.. amin.. hehe..

memang macam tu, dengan akhlak yang mulia, sopan, pemalu, ramah, raut wajah yang bersih.. lelaki ini.. hidup dengan menghidupkan sunnah-sunnah nabi.. walaupun duduk di hujung kampung, seluruh kampungnya mempercayai akan diri lelaki ini..

akan tetapi.. pada suatu hari yang mendung-mendung sikit... ade satu berita yang masuk ke telingenye... khabar-khabar angin yang mengatakan ramai orang kampungnya mempercayai ade sebatang pokok besar yang mampu menunaikan sebarang hajat dan orang-orang kampung mula percaya pokok itu berkuasa luar biasa..

darah lelaki itu terus meluap-luap.. cis!! syirik ini semua... Allahlah yang berkuasa ke atas setiap sesuatu...pantang sungguh dirinya apabila terdengar khabar ini.. yang salah mesti dibetulkan.. mati pun mati lahh...

dengan semangat nahi mungkar, lelaki itu menapak dari rumah beliau yang dihujung kampung ke tempat pokok itu dipuja, hujung kampung yang bertentangan dengan rumahnye.. dalam perjalanan ke tempat tersebut, syaitan mula kelam-kabut sebab takut lelaki soleh ini mampu membetulkan akidah orang-orang kampung kembali ke pangkal jalan..

dengan tidak membuang mase, syaitan terus menjelma.. untuk menakutkan lelaki itu, syaitan bertukar menjadi serigala jadian, tapi bukan waktu bulan mengambang.. siang-siang hari.. nasib baik la hari cerah lagi... kalu malam-malam buta, terkejut jugak la lelaki tersebut..

dengan kuku yang tajam,, tanduk yang mencangkuk, mata yang kejam... syaitan menakutkan lelaki itu pada mulanya... tapi..

''hoi, aku tak maw isap daroh orang siang-siang hari macam ni, baik mung balik je la wei..''

''aku ade silat, masuk la kalu barani.. cakap macam sedap je..''

''setakat silat mung, aku jentik je..''

''cis, pantang tok nenek aku orang nok main jentik-jentik ni..''

syaitan yang berupa serigala itu terus menyerang dengan ganas, tapi lelaki itu benar-benar hebat dengan langkahnya.. dipegang tanduk, dipusingnya dan lutut lelaki itu kemas hinggap pada tulang belakang serigala.. disepak belakang lutut serigala itu setelah ia berdiri kembali sampai ia terduduk dan sepakan lintang yang dibuat tepat terkena muka serigala..

serigala mati akal.. walaupun berbadan kecil, lelaki itu sangat kuat, tidak kira sekuat mana serangan dibuat, lelaki itu mampu bertahan dan menyerang kembali dengan padu.. sehinggalah..

''ok.. aku kaloh... adui.. sakit tulang skapula...''

''bagus, pergi!! jangan halang haluan aku..''

''tunggu, kalu mung balik, aku janji aku beri 50 keping emas tiap-tiap hari..''

''??? ........''

''ini janji aku.. balik la, jangan tebang pokok tu, mung dok buleh nape-nape pun kalu tebang..''

''mung setan, penipu!!''

''huish.. sungguh!! aku dok nipu.. siyes!!''

''.............''

akhirnya setelah dipujuk rayu syaitan jelmaan itu, lelaki itu bersetuju dan pulang kembali ke rumahnya.. dan memang benar, keesokan harinya, terdapat 50 keping emas di dalam tempayan di dalam rumahnye...

akan tetapi, pada hari kelima, keping-keping emas tidak kelihatan lagi.. marah la si lelaki ini kerana syaitan itu benar-benar menipunya.. terasa bodoh dungu yang amat sangat kerana percaya pada syaitan.. diselitkan segala senjata pada pinggang untuk menebang pokok pujaan itu dan untuk bunuh syaitan yang menipunya.. biar syaitan itu mati tidak berjasad.. merah mukanya kerana marah...

dalam perjalanan.. di tempat yang sama.. syaitan menjelma lagi dan kali ini syaitan hanya menjadi serigala jadian yang saiz badannya sama seperti lelaki itu, kelihatan kurang menakutkan.. si lelaki tersenyum dan terus menyerang tanpa banyak bertanya.. dasar penipu tak boleh diberi muka baginya..

anehnya.. kali ini teruk lelaki tersebut dibelasah.. dengan meringankan badan, serigala itu mengelak dan tumbukan cangkuk dari sisi dilepaskan.. tersembur darah di lelaki, tak cukup dengan itu, serigala itu menyepak lintang dada si lelaki dan sebelum jatuh ke tanah, sekali lagi tumit serigala menghentam muka lelaki itu..

lelaki itu hairan dengan kekuatan serigala yang semakin kuat baginya.. dia tiada peluang langsung kali ini.. walaupun dengan senjata, serigala tenang dan adakalanya serigala menerima tumbukan darinya seolah-olah tumbukan itu seringan kapas..

''cis, main kotor!!''

''kekuatan aku tidak bertambah tapi kekuatanmu yang berkurang, samdol!!''

''penipu, kau tipu aku mengenai emas dan sekarang tentang hal ini, kau main kotor!!''

''kahkahkah.. aku ini syaitan, sape suruh termakan pujukan aku??''

''bagi emas aku dan aku balik tanpa melawan lagi''

''nok balik tu balik je la.. sape nok beri mung emas??''

''aku akan menang kalu bersungguh-sungguh!''

''bodoh!! mung menang dulu sebab niat yang kuat untuk Allah, sekarang aku menang kerana niat mung yang busuk, jijik, hina!!''

''..............''

lantas lelaki itu tersentak dan tersedar.. dia bangun dengan penyesalan dan berlalu pulang untuk bertaubat dan menyesali perbuatannya.. dia tidak sangka begitu sekali dia berubah dengan hanya sekelip mata dan dengan cara yang paling halus....

ok.. kire habis la cerite ni sampai sini.. buleh bayang sendiri la bagaimana dengan niat yang baru kerana Allah, lelaki itu pergi tebang pokok tu, pulihkan akidah orang kampung dan betul-betul menjaga segala aspek kehidupan kerana Allah...



***



uhha.. dalam cerite tu ditekankan konsep niat... yup, niat kerana Allah.. lagi satu untuk tambahan, nok seru orang lain, jangan harapkan orang akan berubah menjadi baik kerana kita seru, buat jadi sakit hati je.. serulah kerana Allah...

tapi, bukan nok cakap pasal niat sangat sebenarnye.. niat memang penting.. tapi macam tu lah.. adoi la.... kita nak buat baik, kita dapat pahala, cakap bende yang baik-baik, dapat pahala lagi.. kita cari ilmu, Allah muliakan.. dengan semua yang kita buat, apa yang disuruh.. dapat pahala, masyarakat pun sayang.. jaga niat jugok la.. hehe..

adoi doi... Allah tak rugi sikit pun.. kite rase nok buat jahat.. buat lah.. buat la ape-ape yang kite suke.. bertaruh ke, amalah syubhah.. ade Allah rugi sebab kite jadi jahat? dok buat yang disuruh dan tinggal ape yang dilarang?? secuit cubit pun Allah dok rugi, kita la yang menyesal dok abis-abis nanti... kita bukan cari pahala sangat pun, yang penting Allah redha.. banyak mane sangat la pahala dengan amalan kite ni.. tapi bukan itu alasan untuk dok beramal.. kite baramal dan cari redha Allah..

''ketahuilah di dalam jasad itu ada seketul daging.. jika baik (daging) maka baiklah seluruh jasad, jika rosak (daging) maka rosaklah seluruh jasad... ketahuilah, daging itu adalah hati''

hehe.. jaga hati dengan berhati-hati, walaupun melihat dengan mata, tapi mata hati meneliti, jika perbuatan rasa seronok tapi hati kata berhenti, suruh akal berfikir dua tiga kali untuk kebaikan diri... =)