Thursday, August 18, 2011

dRama aiR maTa




salam alaik.. salam Ramadhan Kareem.. rase seronok tahun ni sebab setakat ni tak demam yang serius lagi sepanjang menjalani puasa, tahun-tahun sebelumnye memang macam jadi syarat, masuk je Ramadhan konfem demam tahap trojan..

uiya.. sedih ade, gembira pun ade.. sebab kalu demam-demam tahun yang terdahulu tu mungkin penghapusan dosa untuk kurangkan sikit dosa-dosa yang ada, tapi tahun ni tak demam.. jadi terfikir sorang-sorang, kalu nak kate dosa jadi kosong, memang tak logik tahap 5 petala langit, riak sungguh kalu fikir macam tu, tahap orang baik-baik pun tak berapa nak sampai lagi, ni nok kate macam same taraf dengan nabi?? buat jadi tambah dose ade la kalu fikir macam tu.. haha..

jadi? mungkin tahun ni tak demam sebab hijab makin banyok? duduk tempat yang melimpah ilmu tapi tak menghayati ilmu dengan sebaik mungkin? hafal kalimah-kalimah mukjizat tapi tak menjaga dengan ketat? menetap di kediaman yang bersuasana sejahtera tapi tidak menikmati dengan hati yang bahagia? hanya kepada yang Maha Mengetahui dikembalikan segala persoalan yang berbentuk ghaib..

okeh.. 10 Ramadhan yang terakhir, fasa untuk terlepas dari azab api neraka..

mesti ramai yang dah tahu cerita pasal khalifah Harun Al-Rasyid dengan seorang budak yang melihat unggun api sambil menangis, cerita yang sedap, ibrah yang banyak dapat diambil.. kita ulang balik cerita tu okeh? hehe.. kalu dah bosan sangat, bosan la, penulis tak rugi sikit pun.. menulis dengan hati suka-suka... =)



*****



macam biasa la, di zaman pemerintahan Harun Al-Rasyid, ketika khalifah itu berjalan untuk bersiar-siar tengok keadaan rakyat, semua macam dalam keadaan biasa.. aman dan tenteram... dan apabila khalifah meneruskan lagi perjalanan, khalifah terlihat akan seorang budak yang duduk merenung unggun api... kemudian menangis secara tiba-tiba.. dengan perasaan yang hairan, pelik, ajaib dan ingin tahu, khalifah pun menuju ke arah budak tersebut dan bertanya..

''kenapa kamu menangis di depan unggun api ini wahai budak?''

budak tersebut tersentak apabila mendengar suara tersebut dan berpaling untuk mengetahui siapakah gerangan yang bertanya... lantas budak itu dengan tangisan yang masih teresak-esak, menjawab ringkas..

''aku takutkan azab naraka''

khalifah menjadi takjub dengan jawapan tersebut lantas mengukir senyuman untuk menyedapkan hati dan untuk membuatkan budak tersebut berhenti menangis.. khalifah mengambil tempat duduk di tepi budak itu dan seraya berkata...

''jangan bimbang wahai hamba Allah yang soleh, kamu tidak akan masuk naraka''

suasana menjadi hening, budak itu diam seketika dan khalifah menjadi kelu untuk berkata-kata.. sememangnya khalifah memaksudkan kata-katanya itu, adalah pasti bagi seorang budak yang belum baligh untuk dijauhkan baginya api neraka kerana dosa-dosa yang dilakukan seorang islam yang belum baligh tidak ditanggung olehnya akan tetapi masih ditanggung oleh ibu bapanya..

''aku melihat unggun api ini...''

budak itu berkata tiba-tiba...

''kenapa dengan unggun api yang sedang membakar itu??''

''tidakkah khalifah mengetahui cara-cara untuk hidupkan unggun api??''

''apa yang kamu maksudkan??''

''untuk hidupkan api, mestilah gunakan ranting yang kecil dahulu kemudian baru digunakan ranting yang besar supaya api menjadi makin marak.. tidakkah neraka boleh diibaratkan seperti unggun api ini??''

''.................''

''aku amat takut dan gerun kerana sedia maklum bahawa bahan bakar neraka adalah manusia dan batu.. mestilah aku yang kecil ini dibakar terlebih dahulu berbanding manusia-manusia dewasa yang lain seperti mana terbakarnya ranting-ranting yang kecil terlebih dahulu..''

apabila mendengar penjelasan budak tersebut, air mata dengan tidak semena-mena mengalir deras melangsir di pipi khalifah, esakan khalifah semakin kuat dan khalifah memeluk kuat budak tersebut.. khalifah amat kagum dengan pemikiran budak tersebut dan peristiwa itu amat memberi kesan di hati khalifah untuk lebih memuhasabah diri ke arah yang lebih baik..



*****



okeh, dapat bercerita adalah sangat seronok.. hehe.. cerita ini adalah sebagai tanda keinsafan, pengukur keimanan, setakat mana kita takut akan azab Allah, berebut untuk mendapat nikmat-nikmat Allah...

akan tetapi, sudah menjadi kebiasaan pada zaman sekarang.. pengetahuan sangat luas, tetapi penghayatan sangat kurang.. zaman mudah mendapat ilmu, tambahan pula pada bulan Ramadhan seperti ini, banyak kuliah, forum dan macam-macam bentuk penyebaran ilmu dilakukan, usaha yang sangat baik.. cumanya kita yang mendengar ini sekadar mendengar, sekadar tahu untuk menjadi orang yang tahu supaya dapat bercakap mengenainya agar dapat diiktiraf manjadi orang yang hebat di mata orang lain.. =(

hehe.. tapi bagus jadi orang yang tahu dari orang yang jahil.. cuma sangat mulia jika menjadi orang yang tahu dan menghayati pengetahuannya itu.. tahu akan neraka dan gerun akannya, memahami syurga dan rindu untuk memasukinya...

''Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman dalam kalangan kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat''
(Al-Mujaadalah : 11)


Lelaki...
jika kuat itu pada tenaga semata-mata..
nikmat Allah itu seakan menjadi sia-sia..
jika rupa cuba dibanding-bandingkan supaya dipuja..
kitalah manusia yang membazir masa..
jika hanya harta yang dilihat di depan mata..
manusia itu hilang rasa, hilang punca..

Lelaki..
tahulah airmatamu itu bukan tanda kelemahan..
batu egomu hancur kerana takutkan Ar-Rahman..
tahulah kekuatanmu pada hati yang lembut dan ihsan..
ketegasanmu berlandaskan apa yang disyariatkan..
tahulah kata-katamu itu hanya ilmu pengetahuan..
jiwa tenteram tidak suka berangan-angan..

Lelaki..
cuba untuk menjadi baik sangat payah..
diejek itu biasa, beruntung bagi yang istiqomah..
cuba kerana mencuba atau mendapat hidayah..
beramal dapat balasan, saham untuk alam barzakh..
cuba dekati diri hakikatnya mahu mula kenal Allah..
tidak rugi diri, jiwa sedang redha dan pasrah..


uiya... marilah beramai-ramai menghidupkan 10 malam terakhir bulan Ramadhan dengan ruh Ramadhan yang sepatutnya, bukan dengan mengorat Nia Ramadhani.. cuba untuk lakukan ibadat-ibadat asas dengan paksaan terlebih dahulu, 10 Ramadhan terakhir adalah detik-detik paling sukar untuk membelek Al-Quran kerana ruh Aidilfitri mula untuk tersengih sinis.. solat pada waktunya, walaupun berada di dalam mydin..=)

Ya Allah.. rintihan untuk diri ini sendiri... lembutkanlah hati, mudahkanlah air mata ini untuk tumpah keranaMu, bukan kerana makhlukMu, betulkanlah niat, ikhlaskanlah segala ibadat, dan permudah carakan untuk sampai kepada keredhaanMu..

p/s: Sungguh!! Air mata bukan lambang kelemahan!! cuba untuk menangis sendirian, mengenangkan segala kesilapan yang dilakukan.. seronok jika dapat menangis.. rahmat Allah untuk hati lebih tenteram... =)

No comments:

Post a Comment