Thursday, March 25, 2010

sayAngkAh?


salam alaik... hehe.. semakin tenang, mungkin ini adalah ketenangan yang tidak berpanjangan.. semacam ombak tsunami yang mahu melanda pantai.. sebelum tsunami, pantai akan tenang.. air laut surut.. dan akhirnya satu ombak yang besar datang untuk meratakan segala benda yang berada di hadapannya..

emm.. hidup bukan boleh dijangka.. betul kan? jika hidup benar-benar boleh dijangka dengan sangat tepat.. tidaklah menjadi hidup kehidupan orang tersebut...

Ya Allah... demiMu Ya Khalik yang mengamanahkan diriku untuk menjadi khalifah di bumi ini.. aku sayang mereka.. sungguh!! aku amat sayang ahli keluargaku ini.. sesungguhnya tidak ada insan lain yang boleh mengganti tempat mereka kepada diriku yang amat sangat terlalu sayang kepada mereka..

Ya Allah.. cuma banyak perkara yang amat aku kesalkan.. sangat banyak.. aku inilah insan yang paling dekat dengan mereka.. tapi aku inilah juga yang seolah-olah paling terasing dan paling jauh dari mereka.. sungguh!! aku benci bila terpaksa membenarkan perasaan itu..

aku terfikir-fikir sendiri... aku tidak tahu jika aku terlalu mudah untuk berair mata, tapi memang aku tidak pasti untuk berkata..

''ya! mereka sangat sayang padaku''

cuma.. tahulah kamu semua bahawa.. aku ini.. sebagai seorang anak.. anak yang tiada lagi anak-anak yang lain selepas aku ini... sebagai seorang adik.. adik yang tiada lagi adik-adik yang lain selepas aku ini.. sangat jujur dan tidak ada sedikit pun perasaan malu untuk berkata dan mengakui...

''demi Allah.. aku sangat sayang kamu semua melebihi nyawaku sendiri..''

cuma.. aku sangat seksa dalam menyayangi kamu semua.. seksa yang aku cinta jika aku terus merasai seksa itu.. seksa yang memaksa aku untuk terus kuat untuk buat kamu semua menjadi lebih baik dariku, yang dapat membuat aku terus berusaha supaya aku dapat berbangga di depan khalayak bahawa kamulah darah dagingku.. kebanggaan atas dasar agamamu...

sungguh!! aku rasa bertuah kerana aku masih merasa sakit.. sangat sakit.. aku tidak mahu menjadi kalis dengan kesakitan yang sebegini.. aku cuma mahu pulih dari sakit ini dengan bantuan kamu semua.. kamu semua yang berubah ke arah yang sepatutnya.. bukan sekadar berkata-kata, bukan sekadar niat yang tersembunyi.. tapi amalan yang dapat dijadikan bukti..

Ya Allah.. aku hidup keranaMu dan aku mahu mati juga keranaMu.. sangat kerap aku mahu melarikan diri.. malah.. aku rasa aku seperti terlalu suci.. aku menyendiri yang semakin menambah perit di hati... tapi hakikatnya aku hina dari lumpur yang kotor dan membuatkan orang merasa jijik serta geli...

juga keranaMu Ya Allah.. aku sangat beruntung kerana aku bukanlah satu-satunya yang merasa sakit dengan keadaan kami ini... seorang kakak.. ya... masih ada seorang kakak yang memahami.. aku sangat berharap aku selamanya tidak bersendiri.. sangat seksa jika aku mengalami kesunyian dalam keramaian.. aku hilang kewujudan..

Ya Allah... ketika saat-saat beginilah aku terasa indahnya mati.. benarlah tanggungjawab yang Kau berikan sangatlah berat untuk dipikul dan sulit untuk direalisasi.. aku mahu mati, tapi mahu dalam jalan yang diredhai.. ketika waktu yang telah ditetapi.. mati yang sangat terpuji.. mati yang orang lain akan merindui...

terima kasih Ya Allah.. keadaan yang sebegini buat aku sangat berhati-hati.. aku mahu memimpin keluargaku nanti supaya mereka tidak akan pernah sakit seperti sakit yang aku alami ini.. aku tidak mahu mereka menggalas beban yang sepatutnya memang aku yang patut galasi.. aku mahu memimpin dengan cara nabi.. cari yang disukai.. cara yang diredhai..

Ya Allah.. hari demi hari.. aku cuba dalami diri.. tapi kenapa masih tidak berani? mulutku terkunci.. bibirku berat sekali... oh... aku menangis lagi walaupun tiada yang menyedari.. angan-anganku memang sangat tinggi.. membina baiti jannati.. tapi keluargaku kini? aku tidak mengerti.. bagaimana caranya lagi? bilakah masanya aku akan menjadi lelaki sejati? hubungan dengan Allah dan hubungan dengan insan yang aku sayangi.. dua-duanya aku tidak mahu ia pergi..

tolong...... tolonglah mengerti...



Monday, March 22, 2010

cuBa unTuk seiMbang..


salam alaik... oh... semakin hari, terasa hari-hariku semakin cepat berlalu.. macam angin-angin yang bertiup melalui tingkap-tingkap rumah yang membawa masuk debu-debu pasir ke dalam rumah.. ahaha.. sihatkah kalian semua? ya... saya memang tak berapa sihat dari segi mental.. agak pening-pening seperti kelkatu yang dekat dengan obor yang menyala...

haish.. hehe.. macam tak ade kaitan je.. emm... relakan je la.. tak ade masalah rasenye.. biasa la kan? mengarut macam ni bukan jadi satu masalah sosial pun.. tak la mengorbankan nyawa orang.. bukan merempit.. di mana ianya menghasilkan pencemaran bunyi, pencemaran asap, pencemaran pandangan, pencemaran akhlak, pencemaran ketenangan dan macam-macam jenis pencemaran la... haa.. maknanya, jika bosan, mengarut la sepuas hati anda.. cuma jangan melebih-lebih la... nanti dicop gila.. payah jugak tu... hihi..

hehe.. ok lah... dah rasional sikit rasenye ni... nak bercerita.. boleh je kan? tak boleh pun bukan penulis ni kisah.. nak cerita jugak.. wakaka...

beginilah tersebut kisahnya...


***


pada zaman dahulu... ada seorang penebang pokok yang masih kuat bekerja.. nama pun penebang pokok, mesti lah kerjanya adalah menebang pokok kan? tak logik la jika seorang penggali kubur dipanggil penebang pokok, memang la takkan tergali kubur tu sampai mahsuri ade anak 8 orang pun...

haa.. setiap hari, penebang pokok ni pergi kerja.. kerja menebang pokok ni orang sekarang panggil pembalak... tapi penebang pokok ni tak tebang kayu balak.. dia cuma tebang pokok-pokok je.. sebab tu la dipanggil penebang pokok.. bukan pembalak..

biasa la.. penebang pokok ni menggunakan kapaknya untuk menumbangkan pokok-pokok.. setiap hari, beliau dapat menumbangkan 7 batang pokok sahaja.. jadi, upah yang beliau dapat dari bos beliau sikit je la.. sebatang pokok tu dapat la lebih kurang 2 ringgit.. 7 batang dah 14 ringgit.. tapi, tak cukup la nak sara diri dan keluarga.. logiknye macam tu la kan?

dengan semangat untuk lebih maju dalam hidup, lelaki ini pun pergi la ke bandar untuk mencari kapak yang lebih berteknologi dan berjenama.. supaya beliau dapat menebang pokok dengan lebih banyak lagi.. beliau pun mula mencari-cari sehinggalah beliau terjumpa seorang pengasah senjata yang kelihatan begitu misteri..

''jika saya yang mengasah senjata encik, sekali hayun je, mesti semua bende pun boleh putus..''

pengasah senjata itu berbicara dengan perlahan kepada penebang pokok tersebut..

''kau ni betul tak brader? besi pun boleh putus ke?''

penebang pokok tu cuba untuk mencabar pengasah senjata tersebut..

''encik ni pikir logik la sikit.. kalu gune keris taming sari pun memang besi tak boleh putus dengan sekali hayun.. maksud saya, bende-bende yang lembut sikit la.. macam pokok ke, pinggan mangkuk ke..''

penebang pokok itu kelihatan tertarik..

''pokok? besar mane-mane pun boleh putus?''

penebang pokok itu kelihatan sangat teruja..

''yup!!''

setelah mendengar penjelasan dari pengasah senjata tersebut... penebang kayu bergegas pulang ke rumah untuk mengambil kapaknya supaya dapat diasah menjadi senjata yang tajam oleh pengasah senjata tersebut...

''nah.. boleh ke kau asah ni? kalu tak tajam, aku saman kau..''

''biiznillah.. encik pergi la lepak dekat kedai kopi dulu, lebih kurang sejam nanti encik datang balik ambik kapak encik ni..''

penebang pokok itu pun berlalu dan selepas satu jam, beliau kembali untuk menuntut kembali kapaknya dari pengasah senjata tersebut...

''saya cuma boleh mengasah satu kali saja encik.. ini la kali pertama dan terakhir saya mengasah kapak encik''

''eh.. kenape?''

''memang itu syarat saya..''

''oh... ok... berapa kena bayar ni?''

''seringgit je..''


dengan kapak yang tajam.. penebang pokok balik ke rumahnya dan tak sabar-sabar menunggu hari esok untuk melihat sejauh mana kebenaran yang dikatakan pengasah snjata tersebut..

keesokannya.. penebang pokok itu benar-benar tidak percaya apa yang dilihat matanya.. memang pokok-pokok dapat ditebang dengan satu hayunan yang bertenaga.. pokok sebesar mana pun dapat ditumbangkan..

dengan kapak tajam itu, beliau mendapat upah yang lumayan.. hampir seratus batang pokok dapat ditumbangkan si penebang dalam masa sehari..

''uhha.. kalau hari-hari dapat tebang macam ni, memang jadi mewah betul hidup aku..''

setelah mendapat hasil yang lumayan kerana jasa kapak yang tajam itu.. penebang pokok itu gigih bekerja hari demi hari untuk terus menjadikan hidupnya lebih selesa dan mudah..

akan tetapi... setelah seminggu... jumlah bilangan pokok yang dapat ditebangnya semakin hari semakin sedikit... setelah menyedari keadaan ini... penebang pokok itu cuba untuk berusaha semakin kuat dan menambah waktu kerja supaya pendapatan akan bertambah menjadi seperti biasa...

''aik... hari ni dapat tebang 35 batang je.. aku kerja dah 2 kali ganda dari biasa..''

semakin hari.... bilangan pokok yang dapat ditebang tetap menjadi semakin sedikit... usaha yang ditunjukkan oleh penebang pokok memang amat tinggi dan semakin tinggi.. tapi usaha itu seolah-olah langsung tidak memadai...

akhirnya.. dengan perasaan sedih... penebang pokok tu cube mencari kembali pengasah senjata yang mengasah kapaknya untuk meminta penjelasan...

senang cerita.. penebang pokok tu pun jumpe la dengan pengasah senjata tu... penebang pokok tu pun terus je la menyerbu encik pengasah senjata tu... uhha.. disebabkan terkejut, pengasah senjata tu pun terterajang penebang pokok tu.. terguling-guling la encik penebang pokok..

''haish.. knape ni encik? nasib baik saya tak pegang pedang... kalu tak, terkerat 8 la badan encik... haa..''

''tak kisah lah..''

''encik nak ape? takkan nak bunuh diri kot..''

''wei, bunuh diri tu masuk neraka selama-lamanya la... sia-sia je hidup selama ni...''

''hahaha.. abis tu? encik nak kawen lain ke?''

''ceh... yang tu pun mungkin aku akan mati, tapi mati terbunuh la.. hehe..''

''hahaha.. tau takper...''

''emmm... tolong asah kapak aku sekali lagi.. biar jadi tajam..''

''saya dah cakap, saya cuma asah sekali je encik...''

''asah je la... aku bayar lebih kali ni...''

''saya cakap tak maw, saya tak maw la... encik nak gado ke?''

''tolong la.. aku dah penat usaha, tapi kapak ni makin tumpul.. hasil dah jadi makin sikit..''

''dah tu encik asah la sendiri...''

''eh.. boleh jadi tajam ke?''

''laaa.. encik ingat saya asah kapak encik dulu pakai sihir ke?''

''uhha.. aku ingat kalu aku asah sendiri tak menjadi, aku usaha je la.. tapi asah kapak ni memang tak pernah..''

''haaa... cube la asah... walaupun tak jadi setajam yang saya asah, tapi tak la jadi tumpul..''

''kau tak cakap..''

''encik yang tak tanya..''


***

emm... entah ade ke tidak moral of the story pun saya tak pasti.. hehehe.. tapi macam tu la.. dengan kekuatan yang Allah berikan kepada kita, tentulah Allah suruh kita sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.. tapi, untuk jadi yang terbaik juga, perlukan akal yang Allah berikan untuk membuat perancangan yang terbaik..

''work hard and work smart''

kadang-kadang memang work smart sudah boleh mencapai matlamat... tapi work hard amat perlu untuk mencabar kemampuan diri.. jangan melampau-lampau dah la.. haha.. botak kepala pun tak nak jugak.. tak hensem la.. =)

''sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri''
(Ar-Ra'd 13:11)



Monday, March 15, 2010

yaNg 'soMboNg' iTu seLamAt?


salam alaik... huhu.. biasalah.. lumrah hidup sebagai manusia biasa... ada pasang surutnya, ada turun naiknya, ada suka dukanya... sebab itulah hidup memang perlukan cara... dan islam adalah cara hidup yang terbaik..

tetaplah dan terus berpegang teguh... berjalan di atas landasan yang diredhai bukan jalan yang dihampar permaidani merah.. jika jalan sebegitu yang benar-benar disediakan, maka ramailah orang yang turut serta untuk memandu manusia ke arah yang betul... berbanggalah dengan islam kamu.. berbangga kerana kamu islam dan kamu mengikut aturan islam..

saya bangga dengan ISLAM saya!!

ahaha... macam sedih je penulisan untuk kali ini.. baru tersedar.. rupenye memang perasaan dapat mempengaruhi hampir sepenuhnye hasil penulisan.. hihi.. nak buat-buat gembira sebenarnya, tapi tak dapat nak menipu diri sendiri...

emmm... sombong itu apa sebenarnya? memang la sombong ni sebenarnya ada banyak... tapi disebabkan banyak itulah yang membuatkan orang zaman sekarang ni tak dapat nak beza antara sombong dengan menjaga diri..

'' sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia ''
(riwayat Muslim)

dalam dunia ni memang bagus jika dapat bermasyarakat dan beramah mesra dengan sesiapa sahaja.. tapi begitulah.. nak beramah mesra pun ada caranya, ada orang-orang yang tertentu juga..

betul... memang kita nak jaga hati semua orang, tapi jangan sampai meremehkan apa yang Allah suruh.. jadi terbalik terus... ahaha... pergi solat sunat hari raya tak pernah miss, tapi solat yang fardhu tak buat.. tak ke kurang waras kalau macam tu? hahak..

'' dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka tundukkan pandangan mereka, memelihara kehormatan mereka, dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka).... ''
(surah An-Nur 24:31)

haaa... tak ade masalah pasal ni kan? perhiasan tubuh yang nyata tu maksudnye bukan aurat la.. muka dan tapak tangan.. aik.. habis tu? ape kaitan antara ayat ni dengan sombong? ahaha.. adakah penulis dah tiada idea dan mula hendak berkaraoke? hehe.. nak turut serta? mesti lah tak boleh...

oh.. ok, sabar la.. nak kaitkan la ni... hehe.. sebenarnya memang saya tak faham sangat tentang pemikiran manusia-manusia sekarang.. macam.. entah lah.. nak cakap semakin kurang cerdik pun mungkin betul.. perempuan-perempuan yang sudah berumur lebih dari 20 tahun akan disisihkan oleh teman-teman mereka jika masih dara kerana mereka dianggap kolot.. uhha.. memang setakat ini, kebodohan yang inilah paling tidak dapat diterima oleh akal saya.. entah silap dekat mane pun tak tahu la... wayar mane la yang putus agaknye... huhu..

emm... islam itu adalah cara hidup.. jangan buat-buat lupa... perempuan dan lelaki.. batas-batas memang la kena ada.. kalau bebas, habis la dunia... macam jalan raya yang tiada lampu isyarat.. batas yang disediakan adalah untuk memelihara, bukan untuk mengongkong..

huhu.. tolong la fahamkan diri sendiri.. dalam quran suruh tundukkan pandangan.. tapi setakat kita yang biasa-biasa ni, memang kena tundukkan kepala untuk menundukkan pandangan.. dan jangan ingat perempuan je yang kena jaga.. lelaki pun same la.. nabi musa pun takut nak berjalan belakang orang perempuan tau.. aura kuat sangat.. haha..

bila aura kuat, jangan la disalahgunakan aura tu.. kebanyakan perempuan memang suka betul nak menyerlahkan aura masing-masing... arora betul la.. huhu..

dah boleh paham kan? senang je.. kes pandangan-pandangan je.. cuma masalahnye.. ramai yang nak membolehkan apa yang sepatutnye tak boleh.. iye lah.. kalu perempuan ade 5 orang, lelaki ade 4 orang.. mungkin la tak ade ape-ape kalu nak bersembang jika kena tempat dan topiknya.. menyuarat ke, kerja kumpulan ke.. ape-ape lah..

tapi jika kita seorang lelaki dan masa tu kita seorang diri.. jika benar-benar perlu barulah boleh berurusan dengan perempuan.. jangan la bimbang jika ada seorang perempuan yang kita kenal atau tak kenal memanggil kita tapi kita tak meluru ke arahnya.. kita bukan sombong.. tapi kita patut takut akan keadaan yang macam tu.. cukup sekadar senyum dan terus pergi.. jika perempuan itu ada perkara penting.. dia akan mendapatkan kita, dan kadang-kadang walaupun tak penting tetap sahaja perempuan itu mendapatkan kita.. kemudian, atas kreatif sendirilah untuk melarikan diri demi menjaga kehendak ilahi...

menjaga batas itu sangat penting.. tapi seolah-olah dah menjadi kebiasaan.. semua orang suka berpasangan.. dapat meluahkan perasaan.. dapat menyayangi dan disayangi.. lelaki dan perempuan berkawan dah macam tahap lebih dari hubungan adik dengan abang..

payah.. susah.. sebab perkara berpasang-pasangan dah jadi kebiasaan yang membiasakan.. keluarga dapat terima, kawan-kawan menggalakkan.. ilmu diabaikan.. akhirnya jadi tidak terperasan akan dosa yang terbeban.. dan terasa betapa sombongnya insan lain yang menolak fitrah perasaan.. kononnya.. haha.. mengarut betul la orang yang jenis-jenis ingin mencuba ni.. mencuba dan kemudian binasa.. kan sakit.. bukan semua perkara boleh dicuba.. jangan sekali-kali mencuba berbuat dosa...

Ya Allah... jagalah hati-hati kami, dan jagalah agama yang ada pada kami..

hah! katakan pada dunia.. memang! memang kami tidak kisah jika kami ini sombong.. tapi cuma sombong di mata-mata yang celik ketika pejam.. sombong yang menjauhkan diri kami dari buruknya dosa.. kami rela bergelar sombong jika sombong itulah yang membuatkan kami istimewa.. cukup mulia di sisi pencipta... =)

siapa yang benar-benar sombong sebenarnya? huhu.....

Thursday, March 11, 2010

kaMi tiDak perNah taHu..


salam alaik... hahaha.. indahnya satu pertemuan... semakin lama tidak berjumpa, semakin indah dirasakan ketika bertemu kali kedua.. oh... hehehe.. susah nak dapat mood untuk menulis tau.. jadi, bila ada mood, tangkap mood tu.. simpan dalam botol kaca nescafe..

emm... sungguh tidak berdaya rasanya bila kamera tidak berada di tangan.. segala memori hanya terpahat utuh di hati.. tidak dapat untuk diabadikan dalam satu bentuk fizikal untuk dikenang kembali... uhhh... mengarut lagi.. hahaha.. entahlah.. semuanya rasa serba tak kena hari ini.. mungkin kerana terlalu keliru.. tapi keliru sebab apa? mungkin hanya Allah yang tahu...

sungguh.. memang sesungguhnya kita tidak tahu... apa yang telah Allah rancangkan untuk kita.. cuma kadang-kadang kita tertanya-tanya.. adakah perancangan yang Allah bagi itu adalah sebaik-baik perancangan untuk kita? betul la kan? siapa yang mahu kalah dalam mana-mana pertandingan? siapa yang mahu gagal dalam mana-mana peperiksaan?

''Allah tidak semestinya memberi apa yang kamu mahu, tapi Allah memang memberi apa yang kamu perlu''

hehehe... cuma apa-apa yang berlaku.. Allah sangat suka pada orang-orang yang sabar dan orang-orang yang berusaha.. untuk menang kena la banyak berusaha, untuk berjaya pun mesti la kena berusaha..

jarang tapi memang berlaku, orang yang kuat berusaha tapi tidak berjaya.. ataupun orang yang sudah mencuba sehabis daya tapi tetap kalah.. hubungan dengan Allah tidak pula mereka abaikan, tapi Allah menetapkan begitu bagi segelintir kecil yang memang Allah ada perancangan yang lebih baik buat mereka...

sedih.. kecewa.. berputus harap.. walaupun tidak diluahkan, memang hati akan terdetik begitu.. terasa seperti terasing.. terasa diabaikan.. huhuhu..

payah sebenarnya.. payah untuk menempuhi jalan yang sebegitu.. tapi, memang la tetap kena tempuhi.. jangan sesekali berhenti ditengah jalan atau memilih jalan yang lain... sesekali bersedih.. berpalinglah mengadap belakang.. memandang jalan yang telah lama diturap dengan baik.. diturap dengan penuh sabar dan usaha..

ahaha... cakap macam senang je kan? tak alami sendiri memang la tak tahu... tapi realitinya orang yang sebegitu adalah orang-orang yang sangat hebat... Allah tahu mereka mampu melaluinya... Allah mahu mereka tundukkan kepala setelah mereka rasa mereka mampu menggenggam bulan...

semua pun dah tahu rasanya.. yang kita cari sebenarnya bahagia.. ehehe.. sebab tu la ade tertubuhnya hospital bahagia.. orang dekat dalam hospital tu semuanya mencari kebahagiaan.. tapi lebih baik jika kita berjaya dan bahagia.. sangat beruntung manusia yang seperti itu.. cumanya jika berjaya sahaja dan tidak bahagia, hidup akan menjadi serba tak kena..

ahha.. macam ni.. jika kita bahagia sahaja.. 70% telah lengkap dalam hidup.. bahagia dan berjaya akan melengkapkan 100% tentunya... tapi, jika berjaya tapi tidak bahagia.. mungkin hidupnya cuma lengkap 10% atau kurang.. aik.. macam aneh je matematik ni... ahaha.. tapi memang lebih kurang macam ni la...

sebab apa? emm.. bahagia dapat dicapai bila hubungan dengan pencipta terjaga dan melakukan sesuatu bukan kerana terpaksa.. dan bila bahagia dan berjaya.. tentulah berjaya itu dengan usaha, sabar dan cara mendapatkan kejayaan itu adalah cara yang diredhai Allah..

lain pula dengan manusia yang hanya berjaya dalam hidupnya tapi tidak bahagia.. uhha.. boleh bayang sendiri la kan manusia jenis yang macam ni? ramai orang yang macam ni zaman sekarang..

ingat... jangan pernah lupa tau... jika kita mencari bahagia.. jangan terburu-buru mencari kejayaan.. sungguh! Allah sentiasa bersama kita.. memang la Allah pun sentiasa bersama orang yang tak bahagia.. tapi orang yang mengecapi bahagia dalam hidup akan lebih terasa Allah ada bersamanya.. dalam setiap keadaan..

hahaha... dalam pertandingan la contohnya... kita berlatih setiap hari.. tapi jaga aurat, jaga waktu solat.. dalam setiap masa, kita berlatih dalam keadaan kita bersungguh-sungguh tapi tidak mengabaikan apa-apa.. dengan kuasa dan kudrat yang kita ada.. usaha kita seolah-olah memang dah terlampau bagus untuk menjadi juara.. tapi keputusannya tidak dapat dijangka.. kita tidak merangkul gelaran johan itu...

emmm... jadi, adakah johan itu perkara paling penting? hehe.. insyaAllah.. walaupun kalah, tapi tetap bahagia dengan kekalahan itu... sebab kita dah mengalami dengan baik perjalanan yang panjang sebelum pertandingan itu bermula lagi... kita bahagia dengan jalan yang kita telah turap.. cuma Allah mungkin merancang yang lain, yang tidak dapat dijangka oleh semua orang...

''..... boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.''
(Al-Baqarah 2:216)

ahaha... Allah pun dah berfirman macam tu... betul... jadi.. jangan pernah bersangka buruk pada Allah.. sangka baik-baik je, pada Allah dan semua orang... hehe.. moga kita semua akan menjadi orang yang bahagia dan berjaya.. biiznillah... =)


p/s: wuahhh... segala tekanan dah terlepas.. keputusan spm dah diumumkan.. hidup aku mengalir kembali mengikut edaran yang sepatutnya.. hehehe.. aku mahu meluru ke masa depan.. Allah.. bawaku terbang.. =)


Thursday, March 4, 2010

haTi iNi...


aku lemah...
kadang-kadang ku rebah...
ku paksa diri ini supaya gagah...
agar tidak terlorong ke jalan salah...
agar tidak mudah tertewas...
dalam mencari cinta yang terindah...
bukan cinta yang murah...
bukan juga cinta yang mudah...
tapi cinta untuk menuju jannah..

aku melangkah...
hati tetap sahaja pasrah...
walau perit terpaksa diredah...
sakit dan luka itu lumrah...
memang yang indah itu payah...
kerana susahlah ramai yang terbabas...
sudah lupa tarbiah...
sudah tidak istiqomah...
jalan dipandu nafsu serakah...

aku bertuah...
punyai kesedaran terhadap fitrah...
punyai kekuatan untuk berubah...
punyai kesabaran ketika datangnya fitnah...
punyai keazaman untuk terus melangkah...
walaupun jiwa masih mudah patah...
itu bukan alasan yang munasabah...
kerana aku masih mampu untuk mengubah...
dengan cara yang paling berhikmah...

Ya Allah...
aku mohon dikekalkan hidayah...
aku pinta kekuatan supaya tabah...
jangan buatku sekali-kali goyah...
walaupun dihempas ombak mengganas...
harapanku itu tetap mekar walau tidak pernah terluah...

saYa taHu saYa saLah....


salam alaik... huhuhu... keadaan agak kelam-kabut... macam-macam hal yang berlaku.. tapi tak mengapalah.. lumrah hidup sebagai manusia.. bila terjadi sesuatu yang diluar jangkaan, hati ini kuat terdetik.. memang benar ketahanan itu penting.. tapi kebiasaan itu satu kelebihan...

hahaha... merepek ape sebenarnye ni? entahlah.. sesi meluah perasaan.. hehehe... sila baca sambil menutup mata bagi sesi ini.. =) bukan apa pun.. cuma.. saya rasa sangat cemburu pada orang-orang yang seolah-olah kalis dan macam tidak berperasaan apabila masalah menimpa mereka.. bukanlah maknanya mereka memang tidak rasa apa-apa langsung.. tapi mereka-mereka ini tidak mudah melatah dengan masalah dan masalah yang mereka hadapi itu seolah-olah bukan masalah.. tidak merumitkan yang remeh dan rasional dalam pemikiran yang rumit..

ohho.. macam berbelit-belit je.. tak kisahlah.. jom poco-poco.. badan sihat, sendi bergerak.. tapi poco-poco sesama mahram je tau.. kuatkan lagi simpulan kerjasama, kesefahaman dan keserentakan antara mahram-mahram kita semua.. hahak..

emmm.... sesi luahan perasaan tamat.. jom serius!!


siapa yang berada di bawah? siapa yang berada di atas?

oh... yang di atas, mestilah orang yang mempunyai pangkat dan kuasa yang besar.. sebab tu la duduk di atas.. yang di bawah tentulah orang yang tidak la berpangkat sangat dan kuasa yang dimiliki pun tak seberapa..

tapi tolonglah jangan salah faham.. pangkat dan kuasa sahaja yang berlainan, tarafnya sebagai seorang manusia tetap sama.. sebagai seorang Hamba.. cuma itu sahaja..

biasalah.. yang membezakan manusia dengan manusia yang lain cuma takwa kepada Allah.. memang semua orang dah tahu kot..

hehehe... memang la betul.. bila takwa kepada Allah lebih hebat, maknanya kedudukan manusia tersebut di sisi Allah lebih tinggi... masalahnya.. siapa yang menentukan nilai takwa kita semua sebagai manusia ni tinggi ke rendah? hebat ke hampeh? amboih.. mata kita yang normal ni bila dalam keadaan gelap je.. terus jadi tak berfungsi.. dengan diri kita yang penuh kelemahan ni kita nak ukur ketakwaan seseorang kepada Allah dengan tepat? tolong la jangan mencuba.. nampak sangat yang anda itu tidak bijak.. hahaha..

sungguh.. saya sedih.. sedih pada orang yang terlalu mendewa-dewakan diri... meletakkan diri sendiri pada taraf yang lebih tinggi.. merendahkan taraf orang lain dengan hanya jelingan ekor mata..

mengapa orang suka bertelagah? kenapa tidak bermaaf-maafan sahaja? kerana bukan hari raya? hari raya adalah satu-satunya hari yang khusus untuk bermaaf-maafan? uhhh.. secara jujurnya saya akan mengatakan bahawa orang yang menganggap hari raya adalah hari khusus untuk bermaaf-maafan adalah orang yang bodoh..

minta maaf sahajalah.. jangan menunggu orang lain meminta maaf dari anda.. oh.. mungkin kerana jika kita yang meminta maaf terlebih dahulu, kita akan dilabel lemah dan pengecut.. benarkah begitu? Ya Allah... tolonglah.. buang semua perkara yang negatif dari minda kami ini..

satu hari, seorang arab badwi menarik kain di leher Rasul Allah dengan kasar, sehingga merah leher baginda, lalu arab itu berkata..

''hei Muhammad! bayar hutang aku dengan segera''

ketika itu Umar Al-Khattab berada di sisi baginda lantas terkejut seraya memarahi arab itu, malah menghunus pedang untuk memenggal leher arab itu kerana berkasar dengan Rasul Allah.

tetapi Rasul Allah menahan tindakan Umar lalu berkata..

''wahai Umar, aku memang ada berhutang dengannya, tetapi masa mengambil hutang belum sampai. justeru, kau sepatutnya menyuruh dia meminta hutang dengaan cara yang baik, dan menyuruh aku melunaskan hutang juga dengan baik''

kemudian Rasul Allah menyuruh Umar pergi mengambil wang untuk membayar kepada arab itu, malah baginda juga menyuruh Umar menambah wang bayaran hutang.

arab itu pelik lalu bertanya..

''untuk apa wang tambahan itu?''

Rasul Allah berkata..

''itu adalah untuk tindakan Umar yang berkasar denganmu tadi..''


emm... langsung tidak nampak tanda-tanda yang menunjukkan nabi kita pengecut, atau tanda-tanda bahawa nabi kita itu lemah... itulah kekuatan sebenarnya..

meminta maaf bukan kelemahan, tapi adalah kekuatan.. kekuatan untuk mengakui kelemahan yang ada pada kita sebagai seorang manusia..

jika dilihat dari ekspresi muka sahaja mungkin sudah boleh mengagak... boleh membezakan antara orang yang suka meminta maaf dan orang suka menunggu maafnya dipinta..

ahaha.. banyak lagi yang boleh diperkatakan.. tapi cukuplah setakat ini.. berfikir itu penting.. memang berfikir itu pelita hati.. =)