Sunday, December 11, 2011

beLahan hAti



salam alaik.. huhu.. sejuk betul... kali pertama mood semangat menulis muncul di tengah-tengah malam.. orang bangun tengah malam biasenye mengadap kiblat, tibe-tibe je penulis bangun mengadap laptop, uhha.. masalah dalaman? hati hilang? cari hati baru~~ cakap macam senang je.. aduiya...

kenape sebenarnye? entah la.. memang terasa nak menulis, tak penting sangat pun kot.. cuma setakat ni bersyukur terhadap diri sendiri yang masih lagi tidak menjadikan blog ini sebagai diari.. setakat berkongsi pengalaman tu biasalah.. alhamdulillah masih lagi mengekalkan ciri-ciri blog yang bukan untuk menarik perhatian, cuma sekadar peringatan untuk diri, dan tempat untuk melepaskan tekanan.. blogging is fun~~ hehe...

hening.. damai... amat baik jika dapat guna kesempatan yang ada dengan sebaiknya.. ramai yang mampu bangun malam untuk perlawanan bola secara langsung.. fuh.. sangat-sangat berharap dapat untuk meminati sukan bola sepak, kemudian guna kekuatan yang ada pada minat itu untuk bangun pada malam hari, serius!! bangun malam bukan mudah...

cuma.. entah la sebab apa.. mungkin ada terjadi sesuatu atau peristiwa penting pada malam ini, atau sekadar mainan perasaan kot.. teringat kepada seseorang.. sahabat yang sama-sama hidup dalam keadaan susah dan semua keadaan pada suatu masa dahulu.. hehe.. tersenyum sorang-sorang..

nak cakap penulis ni baik, memang jauh sekali lah, tapi kalu ramai yang cakap penulis jahat, terase hati jugak sikit-sikit... hehe.. bersahabat bukan kerana ada apa-apa kepentingan.. sahabat yang sahabat sebenar-benarnya.. Allah.. kukuhkan lagi, rapatkan yang sememangnya sudah rapat..

kadang-kadang jika benar-benar bersahabat, semua benda boleh ditolak, yang betulnye cuma persepakatan yang berlaku antara kita dengan sahabat itu.. pasal perempuan pun tak kisah sangat, memang kasar amat dengan perempuan, hidup atas prinsip sendiri, kurang masa untuk berangan-angan sendiri.. itu kuasa sahabat, sebab itu lah pentingnya cari sahabat yang baik.. detik-detik nakal, yang seronok-seronok itu biasanye ditangisi bila dikenang-kenang.. Allah..

hehe.. jangan feeling sangat... insyaAllah, malam ni pun nak bercerita jugak.. tolong la jangan mencaci maki penulis.. kalu tak sedap jangan teruskan bace, memang serius amat tak reti bercerita.. tapi nak cerita jugak.. wakaka~~

***


memang satu kisah yang mahsyur membabitkan 3 sahabat dalam satu peperangan untuk menegakkan Islam. =)

sebelum bermulanya perang, 3 sahabat ini sangat akrab.. ke mana-mana memang bersama-sama, menuntut ilmu, main guli ke, mandi sungai.. sume 3 orang ini buat sama-sama.. mungkin kalu zaman sekarang yang dipengaruhi oleh unsur-unsur yahudi akan rasa 3 orang ni berasal dari kaum lut, tapi hakikatnya memang ikatan bersahabat itu seolah-olah lebih dekat lagi berbanding ikatan kekeluargaan..

aturan Allah memang kemas, tiba pada hari yang ditentukan.. seruan panggilan untuk berperang pun tiba.. dengan azam yang tinggi, 3 orang sahabat ini tetap turun bersama-sama ke medan perang, hidup mati memang Allahlah segalanya..

3 sahabat ini pun lantas berperang bermati-matian.. syahid itu mulia.. dalam perang cuma ada dua pilihan.. sama ada menang dalam peperangan atau meraih syahid yang mahal harganya..

setelah letih berperang berhari-hari.. dengan takdir Allah.. 3 sahabat ini ketiga-tiganya masih lagi hidup dengan kesan calar balar yang gah tanda perwira..

manusia memang ada hadnya masing-masing.. setelah turun bertempur lagi, terdengar teriakan sahabat yang pertama, mengerang kesakitan, mungkin sudah lama disimpan rasa sakit itu.. disebabkan teriakan sahabat pertama, sahabat kedua dan ketiga hilang fokus dan turut mudah dicederakan musuh sehingga parah..

disebabkan terlalu parah, ketiga-tiga sahabat cuma sekadar terbaring menunggu saat izrail datang mengambil nyawa mereka.. dalam ketika itulah.. sahabat yang pertama terasa sangat dahaga dan meminta air dengan suara yang masih ada...

ada pahlawan yang terdengar rengekan sahabat pertama lalu terus meluru untuk memberikan air.. akan tetapi... apabila bekas air itu sampai di mulut sahabat pertama itu.. terdengar ada lagi orang yang meminta air..

''pergilah... orang itu mungkin memerlukan air lebih dari aku memerlukan airmu ini''

dengan rendah hati sahabat permata menyuruh pahlawan yang ingin membantunya itu bergegas ke tempat orang meminta air tersebut..

''tapi, mung dahaga jugok ni, minum la sikit''

''mungkin aku akan terlebih minum.. pergilah bawa air itu pada yang memerlukan''

pahlawan itu akur dan pergi membawa air untuk menolong orang yang seterusnya.. sampai sahaja ke tempat kedua, rupa-rupanya sahabat yang kedua yang meminta air tersebut.. pahlawan itu bertindak menuangkan air ke dalam mulut sahabat kedua.. akan tetapi belum sempat dituang air, terdengar lagi bunyi orang meminta air.. tanpa disangka-sangka.. sahabat kedua juga memaksa pahlawan itu bergegas ke tempat seterusnya untuk membantu orang lain..

''aku tidak rela untuk hilang dahaga jika ada yang lebih dahaga dariku!''

pahlawan itu hanya akur dan bergegas untuk menolong orang lain kerana ketegasan sahabat pertama dan kedua...

Allah amat cantik perancanganNya.. sebaik sahaja kaki pahlawan menjejak ke tempat orang yang meminta air itu.. memang pasti, itulah sahabat yang ketiga dan ketika pahlawan itu sampai, sahabat ketiga telah syahid di jalan Allah.. tanpa membuang masa, pahlawan itu pergi kembali kepada sahabat pertama.. indahnya aturan Allah apabila sahabat pertama juga telah syahid.. seterusnya, begitu juga sahabat kedua... ketiga-ketiga sahabat tetap kekal bersahabat di dunia dan juga alam selepasnya.. syahid dalam keadaan bangga, dalam keadaan yang macam mana pun, tidak pernah sesekali mementingkan diri sendiri...


***


huhu.. Ya Allah, tak sangka boleh meremang bulu roma bila tulis cerita ini.. besar maknanya kepada penulis, feeling yang tak disangka-sangka boleh datang.. haha..

haa.. begitu lah... sahabat itu satu anugerah yang besar.. belahan hati yang lengkap melengkapi.. cuba untuk menjadi hamba, menyedari hakikat hamba yang sebenarnya.. =)

''sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat''
(Al-Hujuraat:10)

p/s: Allah, aku cuba untuk disenangi, cuba untuk jadi seseorang yang seseorang kepada seseorang.. cuma hakikatnya diri sendiri yang kurang dikenali.. huhu~~ salam berukhuwwah..

Thursday, December 8, 2011

taRik toLak



salam alaik.. Alhamdulillah.. entah kenapa sejak akhir-akhir ni macam terbiasa dengan keadaan yang sibuk, tengah sibuk tu la nak buat keadaan jadi lagi sibuk.. haha.. menyeliratkan lagi urat-urat otak yang sememangnya sudah berselirat.. =)

tak menyangka sebenarnya.. sungguh.. dalam kelam kabut ni la berjaya habiskan novel-novel yang tebal boleh tahan jugak la, siap boleh update blog, boleh main psp, boleh sembang-sembang, tapi tak rase tersepit.. mungkin dipermudahkan untuk masa ini, moga-moga dipermudahkan untuk akan datang.. berharap yang amat.. hehe.. Rabbi Yassir Wa La Tuassir~~

haha... umur makin meningkat.. tapi tak matang-matang jugak. tak kisah sangat sebenarnya, seronok jadi budak? no komen, cuba jadi matang tapi geli dengan diri sendiri secara automatik.. huhu.. insyaAllah tegas bertempat, cuba untuk tidak diperlekehkan.

haaa.. memang selalu je ade muqaddimah macam tu dekat atas, sila jangan kecewa... dah jadi tabiat, nasib la.. hehe..

***

amin... amin... terkejut dengan ceramah yang bersemangat sempena maal hijrah di kampung sendiri... serius, ustaz yang bercakap tu memang macam marah yang amat, tak tahu la beliau nak marah sape sebenarnye, mungkin sebelum sampai dekat masjid kampung penulis, kereta beliau tergilis banyak taik lembu kot, tu yang angin jadi lebih had sikit.. mungkin?

entah, sesetengah orang mungkin suka dengar ceramah-ceramah yang bersemangat, nada tinggi, marah-marah.. serius sakit telinga.. kuat sangat.. isi memang kemas, dalil cukup semua, pandangan mata dengan pendengar, semua ok.. tak salah... salah satu uslub dakwah yang boleh diterima tapi masih lagi ada yang rasa terganggu.. haha.. macam berbelit je ni.. cuba pahami je lah.. hehe..

betul.. nada tinggi, marah. tengking.. supaya pendengar sedar.. insaf cepat sikit, mungkin ustaz tu rasa kalu makin kuat, cepat sikit sampai dalam hati.. haha.. mane la tau.. ada betulnye jugak.. tapi tak boleh dinafikan.. ada pendengar yang sebenarnya tahu semua isi-isi yang bakal disampaikan.. cumanya... pendengar-pendengar ini mahu kekuatan.. kekuatan untuk melakukan apa yang telah diketahui..

cuma sekadar berpandangan.. insyaAllah akidah tidak terbatal.. kalu nak bangkang pun penulis tak kisah sangat, haha.. zaman dah makin maju, matlamat Malaysia sekarang menuju 1 rumah 1 komputer.. ye ke? betul la kot rasenye, kalu salah jangan malu nak bagitau.. nak menuju kemajuan, internet ada dalam setiap rumah, senang nak google.. klik-klik je beres, tak payah sangat nak cari maklumat.. kalu guna dengan cara yang betul memang satu manfaat yang besar untuk sekalian ummat..

kenapa cakap pasal komputer? yup, sebab dengan maklumat yang kita tahu dengan google tu, sebenarnye lebih kurang je dengan mendengar ceramah-ceramah.. cuba bagitau apa bezanya tengok youtube dengan dengar ceramah? dengar, tengok.. sama.. cuma berkat dan perasaan kita lain bila pergi ke tempat ilmu, berhadapan dengan orang yang berilmu secara langsung berbanding dalam youtube... lalu, dengan komputer, teknologi terkini amat memudahkan kita untuk mendapat ilmu.. ^_^

haa.. nak kait macam mane sebenarnya? huhu.. entah lah.. sebab terasa satu beban bila ada penceramah-penceramah yang tengking-tengking pendengar, bukan yang mendengar tu orang asli pun, masyarakat biasa.. yang mendengar cuma mahu kekuatan dari penceramah untuk melaksanakan ilmu yang diketahui, seterusnya istiqomah.. berilmu untuk beramal..

islam itu harus dipraktikkan.. dalam ceramah tengking-tengking, nak cakap pasal nabi naik unta, kita naik kereta.. punya la marah berapi sebab dulu nabi lagi susah sebab naik unta berbanding sekarang orang naik kereta.. aduiya... orang pun pelik kenapa yang berceramah serius sangat marah pasal unta-unta ni, macam la dekat malaysia banyak unta, beca ade la kot sikit-sikit...

kelakar pun ade jugak kadang-kadang, betul la nak bagi penekanan, tapi berpada-pada lah.. tak semestinya mesej yang nak disampaikan akan sampai dengan suara yang kuat...

ilmu dan amal sentiasa berkait rapat... ada ilmu kena ada amal, beramal atas dasar ilmu yang kita tahu... sebenarnya ramai yang boleh terpaut hati dengan penyampaian yang santai dan tegas pada tempat.. kerana dengan santai itulah penceramah menampakkan rasa rendah diri terhadap amalan yang dilakukannya berbanding ilmu yang disampaikan.. dengan rendah diri itulah mendorong pendengar rasa terpanggil untuk menjadikan penceramah sebagai contoh..

haha.. jangan salah faham, tak salah untuk penceramah yang marah-marah.. cuma takut ramai yang tidak boleh menerima...

tengok sahaja ramai mana yang hebat berpidato, hebat behujah, ilmu memang keluar secara spontan dari tubir-tubir bibir.. tapi yang perlu adalah beramal dengan segala ilmu yang ada.. itu pokok pangkalnya.. sebab jika nak bercakap dari segi ilmu, dengan kemudahan sekarang senang untuk memperolehi ilmu.. kalu payah, Allah takkan marah orang yang berilmu...

''amat besar kebencian di sisi Allah, kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukan''
(surah saff: 3)

uhha.. macam pening je rase, nak bagitau dekat sape sebenarnye ni? haha.. nak bagitau dekat semua.. yang berceramah dan yang mendengar ceramah.. sebab yang mendengar ceramah kena bagitau dekat orang-orang yang lain jugak pasal apa yang dia dengar, konsep yang sama.. ramai yang nak tunggu sempurna dulu baru nak nasihat orang lain.. aduiya.. sila mintak dengan Allah supaya jadi nabi... huhu

yang penting-penting amat.. nak ditekankan supaya beramal dengan ilmu, baru islam dapat dilihat.. itu yang jadi tujuan.. hidup dalam keadaan masyarakat yang baik kerana masyarakat beramal dengan baik.. ramai yang sibuk cakap pasal jihad, palestin, gaza... tak salah... solat subuh? ramai yang solat subuh zaman tentera abrahah, zaman gajah? hehe.. orang suka menolak nolak, tapi yang menarik narik amat sedikit?

uhhh... maaf jika sulit difahami, sila terus terang.. tengah menulis ni pun dalam keadaan yang agak kucar kacir tapi mood menulis mari membuak-buak.. haha...

p/s: ilmu ada, amal mesti ada! Allah.. kuatkan! kuatkan! =)

Friday, November 25, 2011

caNtikkAn yaNg caNtik


salam alaik.. lama sangat-sangat tak menulis, terpengaruh dengan yang dah lama tak update, ataupun buat-buat sibuk, hehe.. sibuk jugak la kot, kalu nak dibandingkan dengan yang mengadap fecebook 8 jam sehari... tak tau motif kenape mesti buke facebook, macam dah jadi kemestian.. haha.. atas diri masing-masing lah hal yang itu...

fuh... alang-alang dah menulis, tulis je dengan perasaan yang bergerak selari dengan masa yang mengalir, menyesuaikan diri dengan mana-mana keadaan, jernihkan pemikiran dari mana-mana unsur yang mencemarkan, kukuhkan pegangan sedang dalam keadaan terbuka dengan kerosakan.. hidup perlu susah untuk merasai sebuah kesenangan tapi jangan cuba untuk meminta yang susah-susah.. hidupkan sebuah kehidupan.. =)

macam bersastera sangat je rasenye.. hehe.. tak kisah lah... tersentuh sebenarnye, jarang boleh tersentuh ni, tapi kalu dah nak tersentuh, biar je lah.. boleh muhasabah diri sikit-sikit.. fitrah manusia suka pada kebaikan, yakin yang itu, yup, manusia suka buat baik dan orang yang buat baik padanya.. percaya? kalu tak percaya pun sape nak kisah... woha, yang penting itu yang penulis pegang! sampai matahari padam insyaAllah.. =)

sempena tahun baru yang akan menjelang ni.. haa.. baru nak masuk point, dari tadi pusing-pusing macam orang pening.. mase tetap berlalu, tak kire la manusia nak kisah atau tak, mase tetap jalan tak henti-henti, mengalir macam air sirap, air neslo ataupun air jagung mahupun air terjun sekayu..

cuba berkira-kira dengan diri sendiri sebenarnye, hehe... masih lagi mencuba, tapi payah untuk berkira-kira tentang sesuatu yang tak nampak.. huhu..



****


pada satu hari yang hening dan damai yang amat sangat, satu kumpulan manusia pergi menjalani ekspedisi memanjat bukit untuk menambah stamina dan memupuk semangat cintakan bukit supaya negara akan lebih dihargai oleh semua lapisan masyarakat?

lalu memanjat la sekalian manusia yang ada ke atas bukit menuju destinasi tertentu, menyepak batu-batan yang ada, bersemangat sekali..

malang tidak berbau, tuah tidak berbunyi.. tidak seperti perut yang berbunyi dapat diisi jika kita tidak dalam keadaan berpuasa..

''aduh''

salah seorang dalam lautan manusia itu mengaduh dengan dasyat sekali..

walaupun mengaduh sebegitu dasyat, manusia itu tetap berjalan menuruni bukit berserta manusia lain setelah sampai ke destinasi yang dituju asalnya...

setelah sampai di bawah bukit, tetap berjalan dan berjalan sehinggalah bunyi seperti dahan pokok duku yang patah kedengaran, seperti lazimnya mana-mana alatan, apabila sampai hadnya akan berlakulah sesuatu yang tidak diingini...

''kraaakkk''

lalu rebahlah menongkat tangan ke tanah menahan kaki yang berbunyi krraaaakk yang dasyat itu...

rupa-rupanya kaki yang berbunyi dasyat itu terkehel entah macam mana semasa dalam perjalanan menuruni bukit tadi..


****

woha!! sungguh tak berbakat dalam membuat cerita, memang tak selera nak sambung, cerita rekaan yang mematikan selera anak-anak kecil untuk menyusu dengan jayanya.. huh.. tapi kira boleh la, cerita setakat untuk menimbulkan motif.. ada motif, boleh la berfikir.. =)

nampak tak motif cerita di atas? haha.. kalu kate nampak memang tipu, karamah la setakat mana pun, jangan cakap banyak.. ni nak bagitau motif la ni.. hehe..

di tahap mana syukur kita? pernah berkira-kira? pernah bayang kita akan sakit dalam kita sedang sihat? kalu ikutkan cerita di atas, memang suka untuk kita dalam keadaan yang sakit mintak pada Allah..

''Ya Allah.. sembuhkan kaki aku ini Ya Allah''

''Bagilah balik daya berjalan pada aku Ya Allah''

memang manusia, tak pernah melihat pada apa yang kita dah ada.. nak yang baru, bila dapat sesuatu yang baru, terdetik ketika itu untuk bersyukur.. baru nak bersyukur.. pernah tak sebelum kaki tu sakit, bersyukur dengan nikmat kekuatan pada kaki? nikmat kesihatan? nikmat tangan? nikmat suara..

tak salah nak mengharapkan sesuatu yang baru.. sungguh, memang jenis manusia, jangan salahkan siapa-siapa, sume same je.. tapi kata HAMKA..

''apa yang kita ada ini harapan kita''

memang kita dah ada kemampuan, boleh sangat nak buat.. memang naskhah Quran banyak hiasi rak-rak buku, tapi nak tunggu ada mp3, boleh dengar Quran tu beralun sendiri, baru boleh baca sedap-sedap.. nak bangun pagi-pagi untuk subuh alarm telefon bimbit macam-macam bunyi, tapi tunggu mak yang gerak.. baru feel nak bangun subuh tu kuat...

satu resolusi untuk menyedarkan diri sendiri sebenarnya... orang yang berusaha memahamkan diri akan paham.. tidak berniat pun untuk marah-marah, tidak ade hasilnye, orang yang mahu kebaikan akan mencari kebaikan walaupun di dalam sebuah keburukan..

kadang-kadang ada sebahagian ulama yang mengatakan maqam syukur adalah lebih tinggi dari sabar.. yup.. sebab dari segi logiknye, bila kita dah terkena musibah, nak buat apa lagi? sabar kepada Allah.. itu pastinya.. tapi sedar atau tidak.. bagi yang menerima ujian Allah dalam bentuk kesenangan, kesihatan, kegeniusan, kekretifan.. segala bentuk yang kita sendiri bangga terhadap diri.. bila kita bersyukur? pernah kita terfikir untuk bersyukur?

memang dah lazim sangat, semua tahu, Allah akan tambahkan nikmat pada orang yang bersyukur dan azab bagi yang tidak bersyukur.. nikmat Allah jika dibilang nescaya tidak akan dapat dibilang.. semua jadi sekadar satu teori yang terpahat kemas di dalam Quran, orang-orang yang cuba memahat teori Quran itu di hati untuk digerakkan sebagai praktikal untuk teladan ramai sangat jarang dan jika dipraktikkan akan dianggap janggal mungkin.. mungkin?

Ya Allah.. masih lagi berkira-kira..

p/s: selamat menghadapi tahun baru hijrah dengan semangat yang baru, azam yang baru, ilmu yang ditambah baru, kesabaran lama yang dibarukan, dan awek baru? huhu.. hijrah itu indah~~ =)

Thursday, August 18, 2011

dRama aiR maTa




salam alaik.. salam Ramadhan Kareem.. rase seronok tahun ni sebab setakat ni tak demam yang serius lagi sepanjang menjalani puasa, tahun-tahun sebelumnye memang macam jadi syarat, masuk je Ramadhan konfem demam tahap trojan..

uiya.. sedih ade, gembira pun ade.. sebab kalu demam-demam tahun yang terdahulu tu mungkin penghapusan dosa untuk kurangkan sikit dosa-dosa yang ada, tapi tahun ni tak demam.. jadi terfikir sorang-sorang, kalu nak kate dosa jadi kosong, memang tak logik tahap 5 petala langit, riak sungguh kalu fikir macam tu, tahap orang baik-baik pun tak berapa nak sampai lagi, ni nok kate macam same taraf dengan nabi?? buat jadi tambah dose ade la kalu fikir macam tu.. haha..

jadi? mungkin tahun ni tak demam sebab hijab makin banyok? duduk tempat yang melimpah ilmu tapi tak menghayati ilmu dengan sebaik mungkin? hafal kalimah-kalimah mukjizat tapi tak menjaga dengan ketat? menetap di kediaman yang bersuasana sejahtera tapi tidak menikmati dengan hati yang bahagia? hanya kepada yang Maha Mengetahui dikembalikan segala persoalan yang berbentuk ghaib..

okeh.. 10 Ramadhan yang terakhir, fasa untuk terlepas dari azab api neraka..

mesti ramai yang dah tahu cerita pasal khalifah Harun Al-Rasyid dengan seorang budak yang melihat unggun api sambil menangis, cerita yang sedap, ibrah yang banyak dapat diambil.. kita ulang balik cerita tu okeh? hehe.. kalu dah bosan sangat, bosan la, penulis tak rugi sikit pun.. menulis dengan hati suka-suka... =)



*****



macam biasa la, di zaman pemerintahan Harun Al-Rasyid, ketika khalifah itu berjalan untuk bersiar-siar tengok keadaan rakyat, semua macam dalam keadaan biasa.. aman dan tenteram... dan apabila khalifah meneruskan lagi perjalanan, khalifah terlihat akan seorang budak yang duduk merenung unggun api... kemudian menangis secara tiba-tiba.. dengan perasaan yang hairan, pelik, ajaib dan ingin tahu, khalifah pun menuju ke arah budak tersebut dan bertanya..

''kenapa kamu menangis di depan unggun api ini wahai budak?''

budak tersebut tersentak apabila mendengar suara tersebut dan berpaling untuk mengetahui siapakah gerangan yang bertanya... lantas budak itu dengan tangisan yang masih teresak-esak, menjawab ringkas..

''aku takutkan azab naraka''

khalifah menjadi takjub dengan jawapan tersebut lantas mengukir senyuman untuk menyedapkan hati dan untuk membuatkan budak tersebut berhenti menangis.. khalifah mengambil tempat duduk di tepi budak itu dan seraya berkata...

''jangan bimbang wahai hamba Allah yang soleh, kamu tidak akan masuk naraka''

suasana menjadi hening, budak itu diam seketika dan khalifah menjadi kelu untuk berkata-kata.. sememangnya khalifah memaksudkan kata-katanya itu, adalah pasti bagi seorang budak yang belum baligh untuk dijauhkan baginya api neraka kerana dosa-dosa yang dilakukan seorang islam yang belum baligh tidak ditanggung olehnya akan tetapi masih ditanggung oleh ibu bapanya..

''aku melihat unggun api ini...''

budak itu berkata tiba-tiba...

''kenapa dengan unggun api yang sedang membakar itu??''

''tidakkah khalifah mengetahui cara-cara untuk hidupkan unggun api??''

''apa yang kamu maksudkan??''

''untuk hidupkan api, mestilah gunakan ranting yang kecil dahulu kemudian baru digunakan ranting yang besar supaya api menjadi makin marak.. tidakkah neraka boleh diibaratkan seperti unggun api ini??''

''.................''

''aku amat takut dan gerun kerana sedia maklum bahawa bahan bakar neraka adalah manusia dan batu.. mestilah aku yang kecil ini dibakar terlebih dahulu berbanding manusia-manusia dewasa yang lain seperti mana terbakarnya ranting-ranting yang kecil terlebih dahulu..''

apabila mendengar penjelasan budak tersebut, air mata dengan tidak semena-mena mengalir deras melangsir di pipi khalifah, esakan khalifah semakin kuat dan khalifah memeluk kuat budak tersebut.. khalifah amat kagum dengan pemikiran budak tersebut dan peristiwa itu amat memberi kesan di hati khalifah untuk lebih memuhasabah diri ke arah yang lebih baik..



*****



okeh, dapat bercerita adalah sangat seronok.. hehe.. cerita ini adalah sebagai tanda keinsafan, pengukur keimanan, setakat mana kita takut akan azab Allah, berebut untuk mendapat nikmat-nikmat Allah...

akan tetapi, sudah menjadi kebiasaan pada zaman sekarang.. pengetahuan sangat luas, tetapi penghayatan sangat kurang.. zaman mudah mendapat ilmu, tambahan pula pada bulan Ramadhan seperti ini, banyak kuliah, forum dan macam-macam bentuk penyebaran ilmu dilakukan, usaha yang sangat baik.. cumanya kita yang mendengar ini sekadar mendengar, sekadar tahu untuk menjadi orang yang tahu supaya dapat bercakap mengenainya agar dapat diiktiraf manjadi orang yang hebat di mata orang lain.. =(

hehe.. tapi bagus jadi orang yang tahu dari orang yang jahil.. cuma sangat mulia jika menjadi orang yang tahu dan menghayati pengetahuannya itu.. tahu akan neraka dan gerun akannya, memahami syurga dan rindu untuk memasukinya...

''Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman dalam kalangan kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat''
(Al-Mujaadalah : 11)


Lelaki...
jika kuat itu pada tenaga semata-mata..
nikmat Allah itu seakan menjadi sia-sia..
jika rupa cuba dibanding-bandingkan supaya dipuja..
kitalah manusia yang membazir masa..
jika hanya harta yang dilihat di depan mata..
manusia itu hilang rasa, hilang punca..

Lelaki..
tahulah airmatamu itu bukan tanda kelemahan..
batu egomu hancur kerana takutkan Ar-Rahman..
tahulah kekuatanmu pada hati yang lembut dan ihsan..
ketegasanmu berlandaskan apa yang disyariatkan..
tahulah kata-katamu itu hanya ilmu pengetahuan..
jiwa tenteram tidak suka berangan-angan..

Lelaki..
cuba untuk menjadi baik sangat payah..
diejek itu biasa, beruntung bagi yang istiqomah..
cuba kerana mencuba atau mendapat hidayah..
beramal dapat balasan, saham untuk alam barzakh..
cuba dekati diri hakikatnya mahu mula kenal Allah..
tidak rugi diri, jiwa sedang redha dan pasrah..


uiya... marilah beramai-ramai menghidupkan 10 malam terakhir bulan Ramadhan dengan ruh Ramadhan yang sepatutnya, bukan dengan mengorat Nia Ramadhani.. cuba untuk lakukan ibadat-ibadat asas dengan paksaan terlebih dahulu, 10 Ramadhan terakhir adalah detik-detik paling sukar untuk membelek Al-Quran kerana ruh Aidilfitri mula untuk tersengih sinis.. solat pada waktunya, walaupun berada di dalam mydin..=)

Ya Allah.. rintihan untuk diri ini sendiri... lembutkanlah hati, mudahkanlah air mata ini untuk tumpah keranaMu, bukan kerana makhlukMu, betulkanlah niat, ikhlaskanlah segala ibadat, dan permudah carakan untuk sampai kepada keredhaanMu..

p/s: Sungguh!! Air mata bukan lambang kelemahan!! cuba untuk menangis sendirian, mengenangkan segala kesilapan yang dilakukan.. seronok jika dapat menangis.. rahmat Allah untuk hati lebih tenteram... =)

Thursday, May 5, 2011

niKmatnYa saKit...






salam alaik... jadi rajin yang teramat.. hehe.. meraih kembali hati untuk menulis, gerak tari jari jemari yang bukan berdasarkan sendi, tapi berpasak di hati, gerakan yang terjadi dengan murni, naluri insani... =)

baru terfikir sebenarnye.. hehe.. memang selalu macam tu, kita manusia payah ada yang jenis berfikir dua tiga langkah ke depan. jadi normal bila sakit dulu baru mengelak, sekurang-kurangnye ade la jugak inisiatif nak mengelak.. cume lambat.. sikit je lambat.. =)

tengok rancangan imam muda 2011, ade cerite pasal buang-buang bayi.. bayi dengan lampin pun orang zaman sekarang buleh tertukar.. jarang nampak lampin pakai buang dalam tong sampah, bayi je yang kerap ade dalam tong sampah... sila berhati-hati.. pergi uji mata anda di klinik terdekat, tolong jangan gopoh-gopoh dan pastikan dengan mata yang tidak buta bahawa yang mane lampin dan yang mane bayi..

fuhh.. hebatnye perempuan yang melahirkan anak, sakit dan mungkin berulang-ulang kali sebab proses melahirkan anak banyak-banyak kali la.. urat putus banyak mane tu serius tak payah kire, takkan terkire.. sebab tu la darjat wanita ramai anak ni tinggi di sisi Allah..

cuma... adoi la, sakit tu kafarah dosa, baru je lepas sakit-sakit bersalin, buat dosa balik.. mungkin tu la sebab orang-orang ade cakap yang orang bersalin sebab zina ni senang, tak sakit sangat.. kafarah dosa sikit je, tu pun nok tambah dosa lagi.. no komen... Allahu Allah... jagalah kami dengan sebaik-baik penjagaan~~ amin..

uhha, macam panjang je mukaddimah.. tak kisah la... sangat-sangat terkesan dengan pepatah arab yang ada dalam buku teks tingkatan 3 dulu kot...

''kesihatan itu mahkota yang jelas kelihatan bagi mereka yang sakit''

lebih kurang macam tu la bunyinye.. sape yang tak seronok bile sihat? cuma ramai yang tak sedar betapa pentingnye sihat ketika masih sihat... tapi tu la... ade yang rase tak sedap hati bile lame tak sakit... sahabat-sahabat nabi dulu la.. ade ke orang zaman sekarang yang nak sakit? kalu jenis yang suke cari penyakit memang ramai...

''sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu ketika sakit, engkau sedang mendapat peringatan dari Allah, doamu dikabulkan, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu..''

hehe, peringatan dari Allah ni banyok sangat, selama ni kuat sangat mengumpat.. Allah bagi sakit lutut sikit.. kurang sikit mengumpat sebab tak boleh kemane-mane sangat, kalu yang jenis suke tido sangat, Allah bagi selsema, batuk, tersumbat hidung cket.. Allah nak suruh beringat je.. lagipun dengan sakit-sakit sikit la dapat berehat.. jangan guna sangat tubuh badan macam robot.. servis kena ada...

bagi yang sakit sikit-sikit macam tu la.. huhu.. kalu yang sakit kronik, payah nak bersangka baik dengan Allah, orang konfem cakap kite bodoh kalu cakap depan-depan pasal bersangka baik dengan Allah ni.. serius!! kalu kite yang sakit, terima dengan redha tu diam-diam sudah la.. ni macam nok promote diri konon nok suruh orang cakap kite bagus.. mulut orang memang puji la mase depan pesakit, hati dia Allah je tau.. nak bersangka baik dengan Allah tu diam-diam.. penyakit tu kena mungkin buleh buat kite sedar tentang kesilapan kite, ambik gula garam berape cupak sehari, rokok isap berape dozen.. mase sakit je kite fikir tu semua.. kalu yang jenis penyakit yang terkena macam kanser tu mungkin bulleh buat orang sekeliling kita insaf sikit... ye la, orang yang jaga kesihatan pun, tak semestinya takkan sakit...

doa orang sakit makbul.. pergi la hospital tiap-tiap hari.. suruh pesakit doa pasal jodoh.. cepat-cepat la dapat nikoh.. macam masalah negara je sekarang ni bila nak cari cinta sejati la konon.. serabut la.. kalu nok senang lagi untuk orang-orang nok cari cinta-cinta jenis merpati ni.. jadi la imam terawih.. ngaji sedap-sedap.. konfem ade la ayah mertua dekat belakang tu yang offer suruh jadi menantu.. tak payah cari-cari pun... serius!!

yang paling penting bab sakit ni, dapat hapus dosa... hehe.. tengok-tengok dari pengalaman jugak ni, orang-orang yang jahat biasanya mati lambat.. sakitnye panjang je.. orang-orang baik pendek umur... haha... mungkin kebetulan atau mungkin betul.. tak kisah la betul atau salah.. cakap pasal dosa pahala, perkara ghaib.. orang percaya dapat hapus dosa pun mungkin sebab nak sedapkan hati sendri.. bukan sebab faham.. ye la.. susah nak faham mende yang tak nampak ni.. cume cube ikatkan dengan hati je la.. kadang-kadang tu dari tindakan pesakit pun dapat tau samada tindakan itu adalah tindakan disebabkan faham atau terbeban.. moga kita semua dari golongan orang-orang yang faham.. =)

uahhh.. Allah cipta penyakit, Allah cipta ubat.. bila sakit Allah sedang suruh kita beringat, bila dah sihat Allah suruh kita ambil peluang untuk meningkat.. muslim sejati takkan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali.. syafakallah pada semua orang-orang sakit... semoga terasa sentuhan kasih dari pencipta yang tidak jemu memandang dengan pandangan yang langsung tidak beralih... Allah itu dekat.. =)

Wednesday, April 27, 2011

Allah rUgi?




salam alaik... post, delete, post, delete, post lagi, lepas tu delete lagi... =) hilang rentak rasenye.. menulis memang tak macam dulu lagi, adoi la.. sedih dengan rentak yang hilang...

yosh!! nafas semangat.. ehehe... mencari hati baru.. terase ingin bercerita.. walau sekadar mane pun ilmu yang mampu diolah dalam bentuk tulisan ini, paksa diri untuk menulis.. sesuatu yang ingin disampaikan hakikatnye terkene pada diri sendiri dahulu.. islah siri.. islah! =)



***



MANUSIA VS SERIGALA JADIAN.


hehe.. macam hebat je tajuk yang direka-reka tu.. tapi tak kisah la.. memang ade la watak serigala jadian dan tentunya ada watak seorang manusia, dan manusia tersebut adalah seorang yang kuat amalan beliau, sentiasa melakukan amar makruf nahi mungkar.. sangat hebat..

dipendekkan jalan ceritanya... sebab kalu cerita panjang-panjang memang sedap meleret-leret cerita macam ni, monokok-tambah itu seronok, jadi fantasi terus cerita ni nanti.. hehe.. susah kalu cerita ni diadaptasi kepada teater dan dipertontokan di istana budaya.. penulis jadi riak.. kan susah tu.. hahak..

setiap siang dan malam.. manusia hamba Allah itu tidak putus-putus dari melakukan ibadah, sangat taat dalam beragama.. memang payah nak cari orang macam ni sekarang, tapi pandai-pandai la bayangkan sendiri, moga-moga dapat jadi macam orang ni.. amin.. hehe..

memang macam tu, dengan akhlak yang mulia, sopan, pemalu, ramah, raut wajah yang bersih.. lelaki ini.. hidup dengan menghidupkan sunnah-sunnah nabi.. walaupun duduk di hujung kampung, seluruh kampungnya mempercayai akan diri lelaki ini..

akan tetapi.. pada suatu hari yang mendung-mendung sikit... ade satu berita yang masuk ke telingenye... khabar-khabar angin yang mengatakan ramai orang kampungnya mempercayai ade sebatang pokok besar yang mampu menunaikan sebarang hajat dan orang-orang kampung mula percaya pokok itu berkuasa luar biasa..

darah lelaki itu terus meluap-luap.. cis!! syirik ini semua... Allahlah yang berkuasa ke atas setiap sesuatu...pantang sungguh dirinya apabila terdengar khabar ini.. yang salah mesti dibetulkan.. mati pun mati lahh...

dengan semangat nahi mungkar, lelaki itu menapak dari rumah beliau yang dihujung kampung ke tempat pokok itu dipuja, hujung kampung yang bertentangan dengan rumahnye.. dalam perjalanan ke tempat tersebut, syaitan mula kelam-kabut sebab takut lelaki soleh ini mampu membetulkan akidah orang-orang kampung kembali ke pangkal jalan..

dengan tidak membuang mase, syaitan terus menjelma.. untuk menakutkan lelaki itu, syaitan bertukar menjadi serigala jadian, tapi bukan waktu bulan mengambang.. siang-siang hari.. nasib baik la hari cerah lagi... kalu malam-malam buta, terkejut jugak la lelaki tersebut..

dengan kuku yang tajam,, tanduk yang mencangkuk, mata yang kejam... syaitan menakutkan lelaki itu pada mulanya... tapi..

''hoi, aku tak maw isap daroh orang siang-siang hari macam ni, baik mung balik je la wei..''

''aku ade silat, masuk la kalu barani.. cakap macam sedap je..''

''setakat silat mung, aku jentik je..''

''cis, pantang tok nenek aku orang nok main jentik-jentik ni..''

syaitan yang berupa serigala itu terus menyerang dengan ganas, tapi lelaki itu benar-benar hebat dengan langkahnya.. dipegang tanduk, dipusingnya dan lutut lelaki itu kemas hinggap pada tulang belakang serigala.. disepak belakang lutut serigala itu setelah ia berdiri kembali sampai ia terduduk dan sepakan lintang yang dibuat tepat terkena muka serigala..

serigala mati akal.. walaupun berbadan kecil, lelaki itu sangat kuat, tidak kira sekuat mana serangan dibuat, lelaki itu mampu bertahan dan menyerang kembali dengan padu.. sehinggalah..

''ok.. aku kaloh... adui.. sakit tulang skapula...''

''bagus, pergi!! jangan halang haluan aku..''

''tunggu, kalu mung balik, aku janji aku beri 50 keping emas tiap-tiap hari..''

''??? ........''

''ini janji aku.. balik la, jangan tebang pokok tu, mung dok buleh nape-nape pun kalu tebang..''

''mung setan, penipu!!''

''huish.. sungguh!! aku dok nipu.. siyes!!''

''.............''

akhirnya setelah dipujuk rayu syaitan jelmaan itu, lelaki itu bersetuju dan pulang kembali ke rumahnya.. dan memang benar, keesokan harinya, terdapat 50 keping emas di dalam tempayan di dalam rumahnye...

akan tetapi, pada hari kelima, keping-keping emas tidak kelihatan lagi.. marah la si lelaki ini kerana syaitan itu benar-benar menipunya.. terasa bodoh dungu yang amat sangat kerana percaya pada syaitan.. diselitkan segala senjata pada pinggang untuk menebang pokok pujaan itu dan untuk bunuh syaitan yang menipunya.. biar syaitan itu mati tidak berjasad.. merah mukanya kerana marah...

dalam perjalanan.. di tempat yang sama.. syaitan menjelma lagi dan kali ini syaitan hanya menjadi serigala jadian yang saiz badannya sama seperti lelaki itu, kelihatan kurang menakutkan.. si lelaki tersenyum dan terus menyerang tanpa banyak bertanya.. dasar penipu tak boleh diberi muka baginya..

anehnya.. kali ini teruk lelaki tersebut dibelasah.. dengan meringankan badan, serigala itu mengelak dan tumbukan cangkuk dari sisi dilepaskan.. tersembur darah di lelaki, tak cukup dengan itu, serigala itu menyepak lintang dada si lelaki dan sebelum jatuh ke tanah, sekali lagi tumit serigala menghentam muka lelaki itu..

lelaki itu hairan dengan kekuatan serigala yang semakin kuat baginya.. dia tiada peluang langsung kali ini.. walaupun dengan senjata, serigala tenang dan adakalanya serigala menerima tumbukan darinya seolah-olah tumbukan itu seringan kapas..

''cis, main kotor!!''

''kekuatan aku tidak bertambah tapi kekuatanmu yang berkurang, samdol!!''

''penipu, kau tipu aku mengenai emas dan sekarang tentang hal ini, kau main kotor!!''

''kahkahkah.. aku ini syaitan, sape suruh termakan pujukan aku??''

''bagi emas aku dan aku balik tanpa melawan lagi''

''nok balik tu balik je la.. sape nok beri mung emas??''

''aku akan menang kalu bersungguh-sungguh!''

''bodoh!! mung menang dulu sebab niat yang kuat untuk Allah, sekarang aku menang kerana niat mung yang busuk, jijik, hina!!''

''..............''

lantas lelaki itu tersentak dan tersedar.. dia bangun dengan penyesalan dan berlalu pulang untuk bertaubat dan menyesali perbuatannya.. dia tidak sangka begitu sekali dia berubah dengan hanya sekelip mata dan dengan cara yang paling halus....

ok.. kire habis la cerite ni sampai sini.. buleh bayang sendiri la bagaimana dengan niat yang baru kerana Allah, lelaki itu pergi tebang pokok tu, pulihkan akidah orang kampung dan betul-betul menjaga segala aspek kehidupan kerana Allah...



***



uhha.. dalam cerite tu ditekankan konsep niat... yup, niat kerana Allah.. lagi satu untuk tambahan, nok seru orang lain, jangan harapkan orang akan berubah menjadi baik kerana kita seru, buat jadi sakit hati je.. serulah kerana Allah...

tapi, bukan nok cakap pasal niat sangat sebenarnye.. niat memang penting.. tapi macam tu lah.. adoi la.... kita nak buat baik, kita dapat pahala, cakap bende yang baik-baik, dapat pahala lagi.. kita cari ilmu, Allah muliakan.. dengan semua yang kita buat, apa yang disuruh.. dapat pahala, masyarakat pun sayang.. jaga niat jugok la.. hehe..

adoi doi... Allah tak rugi sikit pun.. kite rase nok buat jahat.. buat lah.. buat la ape-ape yang kite suke.. bertaruh ke, amalah syubhah.. ade Allah rugi sebab kite jadi jahat? dok buat yang disuruh dan tinggal ape yang dilarang?? secuit cubit pun Allah dok rugi, kita la yang menyesal dok abis-abis nanti... kita bukan cari pahala sangat pun, yang penting Allah redha.. banyak mane sangat la pahala dengan amalan kite ni.. tapi bukan itu alasan untuk dok beramal.. kite baramal dan cari redha Allah..

''ketahuilah di dalam jasad itu ada seketul daging.. jika baik (daging) maka baiklah seluruh jasad, jika rosak (daging) maka rosaklah seluruh jasad... ketahuilah, daging itu adalah hati''

hehe.. jaga hati dengan berhati-hati, walaupun melihat dengan mata, tapi mata hati meneliti, jika perbuatan rasa seronok tapi hati kata berhenti, suruh akal berfikir dua tiga kali untuk kebaikan diri... =)

Thursday, March 25, 2010

sayAngkAh?


salam alaik... hehe.. semakin tenang, mungkin ini adalah ketenangan yang tidak berpanjangan.. semacam ombak tsunami yang mahu melanda pantai.. sebelum tsunami, pantai akan tenang.. air laut surut.. dan akhirnya satu ombak yang besar datang untuk meratakan segala benda yang berada di hadapannya..

emm.. hidup bukan boleh dijangka.. betul kan? jika hidup benar-benar boleh dijangka dengan sangat tepat.. tidaklah menjadi hidup kehidupan orang tersebut...

Ya Allah... demiMu Ya Khalik yang mengamanahkan diriku untuk menjadi khalifah di bumi ini.. aku sayang mereka.. sungguh!! aku amat sayang ahli keluargaku ini.. sesungguhnya tidak ada insan lain yang boleh mengganti tempat mereka kepada diriku yang amat sangat terlalu sayang kepada mereka..

Ya Allah.. cuma banyak perkara yang amat aku kesalkan.. sangat banyak.. aku inilah insan yang paling dekat dengan mereka.. tapi aku inilah juga yang seolah-olah paling terasing dan paling jauh dari mereka.. sungguh!! aku benci bila terpaksa membenarkan perasaan itu..

aku terfikir-fikir sendiri... aku tidak tahu jika aku terlalu mudah untuk berair mata, tapi memang aku tidak pasti untuk berkata..

''ya! mereka sangat sayang padaku''

cuma.. tahulah kamu semua bahawa.. aku ini.. sebagai seorang anak.. anak yang tiada lagi anak-anak yang lain selepas aku ini... sebagai seorang adik.. adik yang tiada lagi adik-adik yang lain selepas aku ini.. sangat jujur dan tidak ada sedikit pun perasaan malu untuk berkata dan mengakui...

''demi Allah.. aku sangat sayang kamu semua melebihi nyawaku sendiri..''

cuma.. aku sangat seksa dalam menyayangi kamu semua.. seksa yang aku cinta jika aku terus merasai seksa itu.. seksa yang memaksa aku untuk terus kuat untuk buat kamu semua menjadi lebih baik dariku, yang dapat membuat aku terus berusaha supaya aku dapat berbangga di depan khalayak bahawa kamulah darah dagingku.. kebanggaan atas dasar agamamu...

sungguh!! aku rasa bertuah kerana aku masih merasa sakit.. sangat sakit.. aku tidak mahu menjadi kalis dengan kesakitan yang sebegini.. aku cuma mahu pulih dari sakit ini dengan bantuan kamu semua.. kamu semua yang berubah ke arah yang sepatutnya.. bukan sekadar berkata-kata, bukan sekadar niat yang tersembunyi.. tapi amalan yang dapat dijadikan bukti..

Ya Allah.. aku hidup keranaMu dan aku mahu mati juga keranaMu.. sangat kerap aku mahu melarikan diri.. malah.. aku rasa aku seperti terlalu suci.. aku menyendiri yang semakin menambah perit di hati... tapi hakikatnya aku hina dari lumpur yang kotor dan membuatkan orang merasa jijik serta geli...

juga keranaMu Ya Allah.. aku sangat beruntung kerana aku bukanlah satu-satunya yang merasa sakit dengan keadaan kami ini... seorang kakak.. ya... masih ada seorang kakak yang memahami.. aku sangat berharap aku selamanya tidak bersendiri.. sangat seksa jika aku mengalami kesunyian dalam keramaian.. aku hilang kewujudan..

Ya Allah... ketika saat-saat beginilah aku terasa indahnya mati.. benarlah tanggungjawab yang Kau berikan sangatlah berat untuk dipikul dan sulit untuk direalisasi.. aku mahu mati, tapi mahu dalam jalan yang diredhai.. ketika waktu yang telah ditetapi.. mati yang sangat terpuji.. mati yang orang lain akan merindui...

terima kasih Ya Allah.. keadaan yang sebegini buat aku sangat berhati-hati.. aku mahu memimpin keluargaku nanti supaya mereka tidak akan pernah sakit seperti sakit yang aku alami ini.. aku tidak mahu mereka menggalas beban yang sepatutnya memang aku yang patut galasi.. aku mahu memimpin dengan cara nabi.. cari yang disukai.. cara yang diredhai..

Ya Allah.. hari demi hari.. aku cuba dalami diri.. tapi kenapa masih tidak berani? mulutku terkunci.. bibirku berat sekali... oh... aku menangis lagi walaupun tiada yang menyedari.. angan-anganku memang sangat tinggi.. membina baiti jannati.. tapi keluargaku kini? aku tidak mengerti.. bagaimana caranya lagi? bilakah masanya aku akan menjadi lelaki sejati? hubungan dengan Allah dan hubungan dengan insan yang aku sayangi.. dua-duanya aku tidak mahu ia pergi..

tolong...... tolonglah mengerti...