Tuesday, January 12, 2010

terCari-cAri


Hanya kerana kamu bergelar Adam...
patutkah kamu kasar dalam segala perlakuan..
perlukah kamu menang dalam segala pertelingkahan..
hebatkah jika kamu biadap dalam pertuturan..
banggakah dengan kekuatan yang ada pada tubuh badan..
hinakah jika simpati pada seseorang..
gagahkah jika kamu tinggi keegoan..

Memang kamu itu Adam..
jika lembut perbuatanmu itu menyenangkan..
masalah dapat diselesaikan dengan berhikmah dan tenang..
malumu melebihi seorang perawan..
kekuatanmu itu adalah kekuatan dari tuhan..
kesusahan orang kamu yang lebih merasakan..
merendah diri dan redha Allah lebih diutamakan..

Adam itulah..
anak soleh yang sering menjadi idaman..
pemuda ikutan yang menjadi panduan..
suami bertanggungjawab yang sentiasa diperlukan..
ayah hebat yang perlu semua hormatkan..
pemimpin yang gah dan sentiasa dikenang..
lelaki yang paling takutkan tuhan..

oleh itu wahai Adam..
cubaan mendatang diredah dengan sabar dan tenang..
amarah itu jangan terlalu diikutkan..
berfikiran matang untuk perjalanan yang panjang..
syariat terjaga disayangi semua orang..
jalan Allah tetap jalan kebanggaan..
jalan menuju syurga yang penuh kenikmatan..


2 comments:

  1. nur hafizzah jalil really really like this! thumbs up!

    ReplyDelete
  2. i mean it! wahai adam kebanggaan.. muncullah... hidup dalam diriku...huhuhu...

    ReplyDelete