Saturday, December 19, 2009

LanGkaH baRu




salam buat semua...

''anak lebih berharga daripada kekayaan. sihat lebih baik daripada kaya. keamanan lebih baik dari tempat tinggal. pengalaman lebih berharga daripada harta.''

huhuhu... perpisahan adalah suatu perasaan yang luar biasa.. sama ada berpisah yang membawa kepada kesenangan hati, berpisah yang tiada kesan di hati dan berpisah yang sentiasa termimpi-mimpi untuk bersatu kembali...

ya Ilahi..
kami amat mengerti..
Kaulah yang menemukan kami..
padaMu juga tempat yang akan kami kembali..
luruskan jalan untuk senang kami rentasi..
dugaan datang kami lepasi..
melarikan diri bukan prinsip kami..

ya Rahman..
amat berharganya manusia bernama teman..
ciptaanMu yang dicipta untuk saling lengkap-melengkapkan..
dijadikan contoh teladan..
dijadikan sempadan untuk pengajaran..
penyelamat untuk kebaikan masa hadapan..
diingati sepanjang zaman..

ya Khalik..
bangunkan kami dalam keadaan yang kami hajatkan..
hidup kami beringat-ingatan..
bersatu kami tanda ketaatan..
sengketa kami hanya luaran..
lumrah hidup berteman..
pemanis rencah kehidupan..


p/s: benar, aku amat merinduimu wahai sahabat.. jangan pernah kita biarkan arus kehidupan mengeruhkan diri.. biarpun berlalu dalam arus yang sangat mencabar, pastikan kita adalah antara insan jernih yang mampu untuk memberi kebaikan kepada orang lain.. salam perpisahan alam persekolahan.. selamat tiba, alamku yang baru.. alam yang kerap mengganggu benakku..

''anggaplah masalah itu ringan, nescaya ia akan terasa ringan''

positifkan minda.. sentiasa bersangka baik dengan Allah.. ketentuan Allah adalah sentiasa ketentuan yang sebaik-baiknya bagi mereka yang pernah jemu meminta.. Allah ma'ana..

2 comments:

  1. Kerana itu kehidupan ini satu ujian. Kita tetap impikan kesempurnaan walaupun ia mustahil. Hinggalah ia sempurna sendiri bila mati....

    ReplyDelete
  2. hahaha... tapi, ketidaksempurnaan itulah yang membuat segalanya sempurna... =)

    ReplyDelete