Monday, October 19, 2009

taLi tAk beRbayaNg

salam untuk semua...

apa erti matlamat?? hanya impian semata-mata?? atau cuma mimpi indah yang menjadi mainan tidur?? emmm... matlamat adalah sesuatu perkara yang belum dicapai dan mahu untuk mencapainya. apakah matlamat itu perlu dalam hidup?? apakah rupanya hidup tanpa matlamat?? perjalanan tanpa tujuan.. jalan yang tanpa arah yang pasti..

kosong.

tidak bermakna.

hehehe... macam orang yang nak kawen, tapi tak tahu siapa pengantin yang bakal dikahwininya.. (ambik kesempatan dengan musim-musim kawen ni..).. syarat perkahwinan, pengantin mestilah orang yang tertentu, kalau tak menentu pengantinnya, tak buleh kawen la...hihihi... berlumba pom, mesti ada garis penamatnye, pelumba-pelumba ada sesuatu untuk dikejar, ada sesuatu untuk diperolehi.. kalau tak wujud garis penamat, terus tak terjadi la perlumbaan tersebut disebut sebagai satu perlumbaan..

semua pun dah tahu, kita hidup tujuannya untuk mati.. mati yang macam mane?? huhuhu... semuanya atas diri kita sendiri... jadi, kita belajar untuk ape? ape tujuannye?? untuk diguna dalam dewan peperiksaan?? benar.. tapi bukan setakat itu sahaja.. berjaya di dalam dewan peperiksaan memang diimpikan.. sangat diimpikan.. tapi ramai yang sia-siakan kejayaan di dalam dewan peperiksaan untuk dilimpahkan ke dunia luar yang luas... definisi kejayaan yang diperolehi sangat sempit.. setelah keluar dari kepompong dunia yang terikat dengan peperiksaan, kejayaan itu tak dapat diaplikasikan sepenuhnya.. tidak tahu bagaimana mahu dipraktikkan..

ilmu banyak.. sarat.. tetapi tidak diamalkan!!

bukan sekadar renungan, tetapi juga pengajaran untuk diri saya sendiri... huhuhu... umat Muhammad adalah umat terbaik.. bermakna kita semua adalah yang terbaik... cubalah untuk menjadi yang terbaik di antara kita... terbaik yang mendalam maksudnya... terbaik yang mencakupi semuanya, terbaik yang diperakui bukan hanya di mata manusia...



Rasulullah SAW bersabda:

“Satu hari nanti, kamu akan dikerumuni musuh-musuh kamu, ibarat makanan dikerumuni semut.”

Sahabat-sahabat bertanya: ”Adakah bilangan kami sedikit ketika itu ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab: “Tidak, malah bilangan kamu sangat ramai. Tetapi ibarat buih di lautan”

Riwayat Abu Daud.


kita adalah yang terbaik!! jangan pernah lupa itu... kita bukan buih di lautan!! meskipun ini kata-kata nabi, jangan pernah cuba untuk menggunakan kata-kata itu sebagai alasan untuk berputus asa... berusahalah sedaya mungkin... nilai kita bukan ibarat buih di lautan, tetapi mutiara yang berada jauh di dasar yang terjaga segala nilainya.. percayalah, kata-kata itu bukan khas ditujukan kepada generasi kita yang sekarang.. bukan sekarang!! bukan sekarang!!

semua manusia terhubung dengan satu tali yang tak kelihatan pada mata kasar... halusi diri... semakin kita mengenal diri, semakin kita mengenal Allah... setiap perbuatan pasti ada kesannya.. sama ada sedar atau tidak, sama ada kesan itu dirasa pada pembuatnya atau tidak, kesan tetap ada..

p/s: fikiran makin bercelaru... spm akan tiba.. tolong kurniakan sedikit kekuatan buatku... huhuhu... amat dihargai pertolongan dari semua... secara langsung atau tidak.. Allah... tentukan sebaik-baik kesudahan buatku.. tentukan sebaik-baik kesudahan buat kami semua.... amin...

1 comment:

  1. good job dear!buat yg terbaek....kamu harapan tertinggiku!

    ReplyDelete